NILAI NAIK GAJI HANYA 250% ATAU LEBIH KURANG, NILAI NAIK HARGA BARANG DISEKITAR 458% NILAI HITUNG PANJANG BARANGAN KESELURUHAN , YANG NI YANG RAKYAT KUARNG SEDAR, SEBAB ADA HARGA BARANGAN YANG RAKYAT TIDAK PERLUKAN AKAN TETAPI DIPERLUKAN OLEH GOLONGAN TERTENTU, APA YANG LEBIH PENTING IALAH AHLI YANG DAPAT MENIKMATI GAJI PERLULAH PULA MELIHAT DAN MEMPERJUANGKAN NASIB RAKYAT - Pak Karamu
1/12/13
Selangor jujur, bersih rasuah layak naik gaji - Dr Asri
KUALA LUMPUR: Anggota pentadbiran kerajaan
yang jujur, bebas rasuah dan memiliki kemampuan kewangan kukuh layak
menerima kenaikan gaji, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri
Zainul Abidin, lapor Selangor Kini.
Mengikut perspektif Islam, beliau berkata, langkah itu mampu membendung
Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) negeri itu dari terjebak dalam rasuah.
Katanya, kalau soal akauntabiliti itu betul-betul sudah ditekankan,
kemudian dinaikkan gaji sebagai satu lagi langkah mengangkat
akauntabiliti, tidak mengapa.
“Tidak kira Menteri Besar, Adun atau Ahli Parlimen sekalipun boleh naik
gaji kalau benar terbukti mereka tidak pernah ambil apa-apa keuntungan
selain gaji mereka semata-mata,” katanya kepada Selangor Kini.
Bagaimanapun, beliau berkata, sesebuah kerajaan negeri harus terlebih
dahulu mengkaji sama ada kenaikan itu memberi kesan negatif dari sudut
ekonomi kepada rakyat.
“Bukan Selangor sahaja naik gaji, Ahli Parlimen, Perdana Menteri juga
akan naik gaji pada tahun hadapan. Sebelum ini, Sarawak juga naik gaji
lebih tinggi dari Selangor.
“Ada laporan 300 peratus kenaikan gaji di Selangor, memanglah. Saya
mula-mula terkejut tetapi bila teliti gaji lama memang sangat rendah,”
katanya.
Dr Asri berkata, langkah menaikkan gaji sama ada pemimpin negeri atau
negara untuk mengelakkan rasuah bukan baru, malah ia dipraktik di
Singapura dan negara maju lain.
Katanya, tuduhan kenaikan itu tidak wajar kerana ada rakyat masih
berada di bawah paras kemiskinan tidak timbul kerana ia memudahkan
pemimpin membantu golongan sedemikian.
“Dalam kerangka politik Malaysia, perbelanjaan ahli politik besar sebab
ramai rakyat datang minta duit. Walaupun bukan wajib diberi tetapi dalam
pengurusan politik selalunya bagi juga, tidak banyak sedikit.
“Bukan YB sahaja, tokoh lain seperti tokoh agama, selebriti pun begitu,
orang jumpa orang minta. Kalau gaji rendah, untuk keluarga sendiri tak
lepas. Sebab RM10,000 bukan besar untuk seorang tokoh yang ke sana ke
mari,” katanya.
Sebaliknya, Profesor Madya Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sains
Malaysia (USM) itu, berkata kenaikan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak
adil kepada rakyat jika gejala rasuah berlaku dalam pentadbiran negeri.
“Selangor ada beberapa kelebihan. Pertama, duit banyak. (Tapi) sebab
Selangor negeri Pakatan Rakyat, jadi banyak mata tertumpu. Ini bagus
sebab menjadikan mereka lebih berhati-hati,” katanya.
Dr Asri berkata, wang rizab Selangor yang ketika ini hampir mencecah RM3
bilion pula mampu memberi manfaat besar kepada segenap lapisan rakyat.
“Selangor sebuah negeri yang efisyen dari sudut laporan audit dan
sebagainya. Tiada kes rasuah disabitkan dan pendapatan tinggi. Cuma kena
fikirkan bagaimana nak belanjakan duit yang banyak itu kepada rakyat,”
katanya. - harakhdaily
0 orang berkata:
Post a Comment