Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Pembangkang, warga KL hantar bantahan cukai hartanah 16 Disember

November 27, 2013
Pertemuan ahli Parlimen Kuala Lumpur dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor minggu lalu belum berjaya mencapai kata putus berhubung cukai taksiran hartanah. Gambar fail.Pertemuan ahli Parlimen Kuala Lumpur dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor minggu lalu belum berjaya mencapai kata putus berhubung cukai taksiran hartanah. Gambar fail.Ahli Parlimen pembangkang berharap dapat memaksa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menangguhkan kadar taksiran baru yang mencetuskan kemarahan pemilih hartanah dengan menghantar berkotak-kotak surat bantahan pada 16 Disember, sehari sebelum tarikh akhir semakan.

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, DBKL perlu mendengar semua bantahan terhadap cadangan kenaikan kadar yang dihantar oleh pemilik hartanah. Semua aduan itu perlu didengar secara individu atau diwakili agen sah.

Langkah itu dilihat sebagai memaksa DBKL menangguhkan pelaksanaan kadar taksiran baru yang ditetapkan bermula 1 Januari depan. Semakan kadar dan nilai hartanah di Kuala Lumpur terakhir dilakukan pada 21 tahun lalu.

“Kita akan menghantar surat itu secara pukal kepada DBKL,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kita harap paksaan ini cukup menunjukkan keseriusan cadangan DBKL untuk menaikkan kadar cukai taksiran tanpa rundingan sempurna dengan rakyat menimbulkan kemarahan,” katanya.

Naib Presiden PKR yang lebih dikenali sebagai Tian Chua itu berkata, ahli Parlimen akan memberitahu persatuan penduduk dalam kawasan masing-masing mengenai cadangan itu selain mengedar risalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesan kepada pemilik hartanah supaya mereka menghantar surat bantahan sebelum 17 Disember.

Sidang akhbar mengenai rancangan itu juga akan diadakan pada Khamis. Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berkata sasarannya ialah membawa suara rakyat kepada DBKL.
 
“Kita mahu beritahu rakyat bahawa surat mereka dihantar kepada DBKL. Setiap surat mewakili individu yang tidak berpuas hati dengan nilaian hartanah mereka,” katanya.

Pakar undang-undang kerajaan tempatan memberi amaran kepada sesiapa yang tidak memfailkan bantahan kepada DBKL sebelum tarikh akhir itu tertakluk kepada senarai nilaian baru dan kadar peratusan akan ditentukan oleh majlis tempatan dan menteri Wilayah Persekutuan.

Kenaikan kadar cukai taksiran yang bakal bermula 1 Januari ini mungkin boleh ditangguhkan jika ribuan pemilik hartanah menghantar surat rayuan yang mesti didengar secara individu oleh DBKL sebelum dilaksanakan.

Peguam, Derek Fernandez, berkata mana-mana yang tidak membuat bantahan kepada DBKL sebelum tarikh tutup 17 Disember ini akan tertakluk kepada kadar baru dan kadar kenaikan akan ditentukan masing-masing oleh pihak berkuasa tempatan dan Menteri Wilayah Persekutuan.

"Jika anda tidak membantah secara langsung kadar nilai tahunan hartanah anda akan ditetapkan mengikut senarai penilaian baru untuk hartanah anda," katanya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, berkata DBKL berharap untuk menambah pendapatan RM400 juta setahun, hasil daripada kadar taksiran lebih tinggi kerana ia memerlukan wang untuk meningkatkan kemudanan jalan, pasar dan prasarana lain.
Tengku Adnan berkata, kemungkinan ada penurunan dalam kadar 6% semasa cukai taksiran bagi pemilik rumah.

DBKL sudah menghantar notis kepada semua pemilik hartanah di Kuala Lumpur memberitahu mengenai cadangan kenaikan kadar cukai taksiran, iaitu antara 100% hingga 1,000%.

Notis itu bagaimanapun menyatakan jika ada bantahan terhadap kenaikan yang dicadangkan, pemilik hartanah perlu mendaftarkan

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.