Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, November 26, 2013

PKR Sabah Hampir Lumpuh, 11 Ketua Cabang PKR Umum Keluar Parti?


Kata ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.. terlampau banyak campur tangan daripada kepimpinan PKR pusat antara faktor utama pemimpin daripada 11 cabang parti itu di Sabah bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Tindakan campur tangan atau menyibuk itu bertentangan dengan kuasa autonomi yang dijanjikan kepada kepimpinan negeri termasuk dalam soal pelantikan ketua pembangkang dan jawatankuasa majlis pimpinan negeri parti itu.

Sebaliknya, kata beliau lagi, kuasa pelantikan itu datang daripada seorang individu sama ada Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali.
Jelani Hamdan (kiri) and Jeremy Malajad leaving PKR.
Keputusan keluar PKR dibuat bukan soal pembangunan semata-mata, tetapi katanya mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR peringkat pusat dan negeri.

"Harapkan nama parti itu sahaja keadilan tetapi apabila buat keputusan tidak melambangkan nama itu khususnya dalam soal autonomi untuk memberi kuasa penuh kepada Sabah bagi memilih pemimpin dan sebagainya," katanya.
KUALA LUMPUR, 26 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini menyifatkan kedudukan PKR di Sabah hampir lumpuh apabila 11 Ketua Cabang PKR di negeri itu mengumumkan keluar parti.
Pada masa yang sama, beliau turut berkata apa yang berlaku hari ini adalah gelombang pertama kerana selepas ini akan ada gelombang kedua yang turut akan membabitkan Ketua Cabang PKR di negeri itu.

“Hari ini adalah satu hari yang amat bermakna khususnya dalam konteks politik di negeri Sabah dan negara kita amnya, kerana kumpulan Ketua Cabang PKR ini yang keluar parti PKR akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR seterusnya memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat nasional dan di peringkat negeri.

“Mereka ini terdiri daripada 11 Ketua Cabang PKR termasuk dua ADUN yang sudah pun mengistiharkan keluar PKR sebelum ini iaitu ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremy Malajad.

“Saya juga ingin maklumkan akan berlaku gelombang kedua selepas ini di mana lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin PKR Sabah akan keluar dan menyokong BN. Apa yang sudah berlaku dan yang akan berlaku, bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya BN akan menjadi semakin kuat dan semakin mendapat kepercayaan daripada rakyat Sabah,” ujarnya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Sebelas Ketua Cabang yang mengumumkan keluar parti ialah ialah Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Kota Belud, Batu Sapi, Pensiangan, Beluran, Kinabantangan ,Silam, Kalabakan dan Semporna ~ Astro Awani

... Kepada siapalah aku nak rujuk dalam hal ni... Ada Haji Ansari pun dah bersara dari politik dah... dia bersara 25 Mei lalu, kira-kira 20 hari selepas PRU13, alasannya juga sama seperti yang dinyatakan oleh mereka di atas... hmmm..

Ketua Cabang nak keluar, keluarlah.. selagi Cabang tak disytiharkan bubar oleh Setiausaha Cabang dan AJK-AJKnya maka belum boleh dianggap sebagai lumpuh lagilah Najib...

Komen aku dalam hal ini... Anwar Ibrahim tak pernah serik!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.