Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INILAH SUSAHNYA JIKA MEMBELAKANGKAN AL QURAN

Isu muzakarah UMNO dan PAS tidak perlu mengambil pada dasar skop yang kecil dan kabur, apa yang lebih baik ialah pada yang menyatakan atas dasar akidah didalam satu pegangan umat, jika dalam suatu kelompok umatpun tidak bersatu dalam perkara akidah maka bagaimana kita hendak berhadapan dengan isu yang umum yang belum tentu sahehnya ?
Kita memahami atas perkara muslihat pehak tertentu untuk menggunakan kalimah ALLAH sebagai (mungkin) memancing sebagaimana yang ditakuti, atas dasar ini apa yang perlu diatasi ialah menanam fahaman akidah yang betul, ekonomi dan kehidupan sosial yang betul kepada umat supaya pegangan umat tidak goncang
Andainya kita bermuzakarah atas dasar yang kabur maka kelihatan dengan jelas tajuk isu muzakarah yang sempit ini hanya suatu motif yang remeh dan seolah-olah ada kepentingan tertentu oleh suatu pehak sahaja, selepas dari itu maka sunyi sepilah ia bagai angin lalu - Pak Karamu
Isu Comango boleh jadi asas muzakarah Pas-Umno
  • Noh Omar  
  • Noh Omar
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen BN-Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar berkata, kesepakatan pimpinan Pas dan Umno dalam menolak tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) khusus melibatkan penggunaan kalimah ALLAH boleh dijadikan sebagai asas untuk menyahut pelawaan muzakarah.

 

Keperluan muzakarah antara dua parti Melayu-Islam itu katanya perlu disegerakan memandangkan tuntutan Comango itu telah didengari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sehingga meminta Malaysia menarik balik larangan penggunaan kalimah ALLAH.

 

"Kita lihat ramai pemimpin Pas seperti Datuk Seri Hadi Awang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin Hassan pernah mengeluarkan kenyataan desak kerajaan supaya tidak tunduk tuntutan Comango itu.

 

"Isu menolak tuntutan Comango itu boleh dijadikan langkah pertama atau asas perbincangan muzakarah antara Pas dan Umno kerana Comango telah cabar syariat Islam dan kedaulatan Perlembagaan negara kita," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Parlimen, dekat sini, hari ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.