Pindaan perlembagaan mudahkan Anwar jadi presiden?
DALAM kehangatan Muktamar dan Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat yang
berakhir hari ini, rakan komponen PR, PKR juga tidak melepaskan peluang
memanfaatkan momentum yang dimulakan parti Islam itu menerusi Kongres
Nasional Khas 2013 yang diadakan hari ini dalam menarik tumpuan pelbagai
pihak terhadap pindaan perlembagaan PKR dan tawaran jawatan nombor tiga
dalam parti kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
Semangat toleransi dan demokrasi yang cuba ditonjolkan parti pelbagai kaum dan agama itu sememangnya bagus namun mungkin ramai tidak sedar ia hanyalah ‘taktik licik’ bagi membolehkan peneraju agenda reformasi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi presiden yang selama ini terhalang kerana beberapa faktor termasuklah perundangan dan teknikal.
Mungkin umum melihat jawatan naib presiden menjadi taruhan dan alat pujukan kepada sindrom keluar parti beramai-ramai oleh beberapa pemimipin PKR dari Sabah baru-baru ini, namun keberkesanannya belum diketahui lagi bahkan mengundang pelbagai persepsi yang kian mencalar imej ketua umumnya yang dilihat kian terdesak dan mengidamkan jawatan tertinggi secara ‘rasmi’ berbanding menjadi ‘penasihat’ yang jauh daripada kuasa mutlak dalam parti.
Sentimen nepotisme yang kian menjalar dalam PKR akan lebih terserlah jika Anwar mengukuhkan kedudukannya dalam parti jika jawatan yang digalas isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi miliknya manakala pewaris ‘takhta’ itu, Nurul Izzah Anwar yang kini bergelar naib presiden semakin selesa jika Anwar bersara nanti.
Maka tidak hairanlah jika pindaan perlembagaan PKR hari ini turut memberi penekanan kepada penguasaan wanita sehingga 30 peratus dalam peringkat pembuat keputusan yang melibatkan kepentingan semua, sekali gus memberi laluan mudah kepada anak-beranak itu mengukuhkan penguasaan dalam pucuk pimpinan PKR pada masa akan datang.
Apabila perwakilan sebulat suara bersetuju pindaan itu dibuat, maka peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri juga semakin cerah kerana ia mensyaratkan seseorang itu memegang jawatan tertinggi dalam parti jika ingin menuju ke Putrajaya sama ada secara pemilihan terbuka mahupun lantikan terus tanpa pertandingan.

Jawatan...kedudukan....kuasa menjadi syarat hakiki untuk bergelar
pemimpin nombor satu negara, begitu juga yang diidamkan Anwar dan ahli
keluarganya, biarpun menggunakan platform PKR (Parti Keadilan Rakyat),
semua itu membolehkan penguasaan itu berlaku dan kaedahnya lebih sopan
berbanding Umno-Barisan Nasional yang terkenal dengan sindrom ‘tamak
kuasa’ dan ‘monopoli’ ahli keluarga dalam susur-galur parti sejak zaman
sebelum merdeka lagi.
Sebaik sahaja kongres itu selesai, Umno pula mengambil alih peranannya melalui Perhimpunan Agung Umno 2013 pada 5 hingga 7 Disember ini, walaupun berlainan wadah perjuangannya namun intipatinya mempunyai matlamat yang sama dan punyai kesinambungannnya.
Apapun langkah PKR hari ini akan mencorak masa depan politik parti itu menjelang PRU14, sama-samalah kita nantikan impak dan penerimaan rakyat terhadap pendekatan itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

0 orang berkata:
Post a Comment