Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Demi islam mudah sikit, demi bangsa payah


2013/11/25

UMNO AKAN BERMUZAKARAH DENGAN PAS...

Datuk Seri Najib Razak (gambar) mengambil sikap terbuka mengenai cadangan muzakarah yang dikemukakan oleh PAS, serta mendedahkan bakal bertemu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob sebagai usaha pertama ke arah langkah tersebut.

Kenyataan Presiden Umno itu hadir selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam dalam Muktamar PAS ke-59 mengulangi tawaran tersebut kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kita mengambil sikap terbuka. Saya akan berjumpa Menteri Besar Kelantan yang meminta untuk berjumpa dalam masa terdekat bagi membincangkan isu berkaitan," kata Perdana Menteri semasa sidang media selepas merasmikan penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Menurut Najib, kerajaan tidak mempunyai halangan ke atas sebarang perbincangan ataupun muzakarah, bagaimanapun menegaskan beberapa skop perbincangan perlu diteliti terlebih dahulu.

"Tapi kita perlu lihat skop dahulu," katanya. Semalam, Abdul Hadi ketika ucapan penggulungannya menegaskan, kerjasama berkenaan adalah bagi kepentingan umat Islam di negara ini.

Beliau juga turut berkata, segala perbincangan turut boleh berbincang dalam aspek termasuk ekonomi dan juga pertahanan.

"Nak bincang pasal ekonomi pun boleh. Keselamatan pun ada. Kita ada pelbagai kalangan, bersatu di atas bahtera Islam.

"Kalau seluruh masyarakat majmuk, tanggungjawab kita selamatkan Melayu, Cina dan India dan Islam. Selamatkan harta dan negara dengan Islam. Tegakkan Islam. Letakkan Islam di hadapan," katanya.

September lalu,  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56 juga menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.

Anwar turut menggesa pertemuan segera diadakan antara PR dan BN. Namun, tawaran tersebut mendapat tentangan kuat daripada pemimpin Umno yang menyifatkannya sebagai buang masa dan tidak bermanfaat, kemudian perkara tersebut terkubur begitu sahaja.
"Saya tidak berkata apa-apa.

"Beliau (Anwar) yang berpatah balik daripada janjinya," kata Najib dalam sidang media hari ini apabila ditanya tentang tawaran oleh Anwar pada September lalu.

Sebaik sahaja menerima keputusan PRU13 lalu, Najib berkata kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia. – 25 November 2013. 
 

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.