31 Januari, 2014
Mahathir Terkedu Apabila Tembelangnya Pecah..
Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri
Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan
perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri,
Tun Musa Hitam.
Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan
pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir,
bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya
selama ini.
Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal
1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga
kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan
Perdana Menteri itu.
“Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan
renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah
penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September
1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah.
“Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan
dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk
makan semeja sebelum itu.
Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya,”
katanya di dalam blog. Shahbudin berkata, gerakan untuk menggulingkan
Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan
beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin
giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib.
Beliau berkata, desakan supaya Najib segera berundur daripada jawatannya
sebagai Perdana Menteri adalah bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN)
hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Katanya, selain Datuk A Kadir Jasin; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim
Zainuddin juga secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil
mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihan raya akan datang
diadakan dalam suasana seperti yang ada kini.
“Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan mereka
mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan dikatakan
selalu bertemu untuk berbincang berkenaan isu politik semasa.
“Walaupun menafikan berada di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib,
beliau pada masa sama mulai kritis terhadap Najib dengan mengkritik
sikap bermewah kerajaan dan menyokong kenyataan Daim dengan menyatakan
pandangan bekas Menteri Kewangan itu ada asas dan kebenarannya.
“Mahathir juga seperti menyindir Perdana Menteri bahawa pemimpin
sekarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat
kepada rakyat. Siapa pemimpin sekarang yang ghairah mencari kekayaan
kalau bukan Najib dan keluarganya?” katanya. ~selangorku
0 orang berkata:
Post a Comment