Politik Yang Sentiasa Membuka Ruang Dikritik Dan Dimaki!
Pada aku bukan saja nampak pelik
Tapi menyampah pun ada, marah pun ada
Menyampah sebab seolah menjadikan kepercayaan rakyat seumpama 'sampah'
Marah sebab banyak pihak yang akan susah kerana PRK
Kalau aku mengundi di sana, pastinya aku takkan keluar mengundi walau pun siapa yang bertanding!
Dari PM turun pangkat ke MB pula?
Zabidi Saidi| January 28, 2014
Tapi menyampah pun ada, marah pun ada
Menyampah sebab seolah menjadikan kepercayaan rakyat seumpama 'sampah'
Marah sebab banyak pihak yang akan susah kerana PRK
Kalau aku mengundi di sana, pastinya aku takkan keluar mengundi walau pun siapa yang bertanding!
Dari PM turun pangkat ke MB pula?
Zabidi Saidi| January 28, 2014
Begitulah orang politik. Hari ini nafi, esok jadi kenyataan.
PETALING JAYA:
Pagi semalam pejabat Menteri Besar Selangor menafikan Tan Sri Khalid
Ibrahim akan meletakkan jawatan. Begitu juga Penasihat PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim menafikan akan menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid.
Begitulah orang
politik. Hari ini nafi, esok jadi kenyataan. Petang semalam ADUN
Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan. Jadi khabar-khabar angin Anwar
akan bertanding pada pilihanraya kecil (PRK) Kajang begitu kuat
bertiup.
Pagi ini Khalid
mengesahkan Anwar akan jadi calon PKR pada PRK Kajang nanti. Adakah PRK
Kajang membazir? Sudah tentu bagi SPR membazir kerana ia terpaksa
diadakan walaupun wakil rakyatnya tidak meninggal dunia.
Rakyat Kajang
sudah tentu marah kepada PKR kerana menyusahkan mereka kerana mereka
kena keluar mengundi semula selepas lapan bulan memilih wakil rakyat
mereka. Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli Syed
Harman al Jamalulail PKR tidak boleh disalahkan kerana ia adalah jalan
terbaik untuk meletakkan calon MB baru menggantikan Khalid.
Jika Khalid
digantikan oleh Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali sebagai Menteri Besar,
sudah tentu Khalid tidak mahu. Maka jalan terbaik terpaksa menurunkan
Anwar Ibrahim untuk meredakan pertelingahan di antara Khalid dengan
Azmin.
Inilah
akibatnya PKR tidak mengamalkan konsep parti menguasai kerajaan. Jika
PKR amal konsep ini, Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor yang sepatutnya
jadi menteri besar dan bukannya Khalid Ibrahim.
Sebagai bekas
tokoh korporat, Khalid bijak mengurus negeri tetapi sebagai orang
politik beliau gagal. Ini yang menimbulkan kemarahan para penyokong PKR.
Khalid dikatakan boneka Elizabeth Wong di mana banyak projek
pembangunan di Selangor Elizabeth yang cadang, Khalid terus setuju.
Menurut Syed
Rosli lagi, kenapa marah kepada PKR terpaksa membazirkan wang rakyat
untuk buat PRK Kajang sedangkan PKR mencontohi BN. Pada tahun 1997, BN
sanggup mengadakan PRK Permatang untuk membolehkan Tan Sri Abu Hassan
Omar dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd
Taib.
Jadi PKR meniru
BN mengadakan PRK Kajang untuk membolehkan Anwar Ibrahim dilantik
sebagai Menteri Besar Selangor. Soalnya, adakah rakyat Pulau Pinang
boleh menjadi Menteri Besar Selangor?
Menurut ADUN
Kelana Jaya, Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam perlembagaan Selangor tidak
mengatakan hanya rakyat Selangor sahaja yang layak jadi menteri
besar.Soalnya, sanggupkah Sultan Selangor beri perkenan kepada Anwar
Ibrahim sebagai menteri besar?
Jika Sultan
Selangor tidak berkenan, maka krisis Selangor akan menjadi lebih buruk
lagi. Atau mungkin Azmin Ali yang terpaksa dilantik sebagai menteri
besar yang baru kerana beliau adalah anak Selangor.
Kesanggupan
Anwar menjadi calon Menteri Besar Selangor turut dipersoal. Selama ini
beliau mahu jadi Perdana Menteri Malaysia, kenapa tiba-tiba beliau mahu
menjadi Menteri Besar Selangor pula?
Adakah kerana
cita-citanya nak jadi Perdana Menteri sudah tidak nampak jalan lagi?
Majoriti rakyat tetap bersama BN maka Presiden Umno selama-lamanya akan
menjadi perdana menteri maka peluang Anwar tidak akan menjadi kenyataan
selama-lamanya.
Menyedari
hakikat ini, maka baginya lebih baik menjadi Menteri Besar daripada
menjadi Perdana Menteri yang mustahil sama sekali. Bukankah Datuk Seri
Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah jadi Menteri
Besar?
Atau adakah
Anwar mengorbankan dirinya dengan menerima jawatan yang lebih rendah
semata-mata untuk menyelamatkan PKR pada PRU ke 14? Beliau nampak jika
krisis dalaman PKR tidak selesai maka Selangor akan jadi seperti Kedah.
PAS Kedah tewas pada PRU ke 13 kerana perebutan kuasa sesama para
pemimpin PAS.
Sama-samalah
kita tunggu apabila Anwar menang nanti dalam PRK Kajang, beliau akan
dilantik sebagai Menteri Besar Selangor atau tidak. Atau adakah Anwar
akan mencatat sejarah sebagai orang luar yang pertama yang akan dilantik
sebagai Menteri Besar Selangor? Manusia hanya merancang, Allah yang
menentukan.
0 orang berkata:
Post a Comment