Najib: Cadangan Anwar akan dipertimbang
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan
mempertimbang cadangan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada
Barisan Nasional untuk bekerjasama dan bermuafakat ke arah 'pelan
damai', dengan berunding bersama jemaah menteri.
Perdana Menteri berkata, yang penting ialah negara sentiasa aman dan dapat menentukan kesejahteraan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.
"Biarlah saya berunding perkara ini dengan jemaah menteri nanti.
"Apapun ideologi politik atau kefahaman politik, yang penting kita bertindak mengikut lunas undang-undang dan menjaga sensitiviti kaum, agama dan menghormati hak masing-masing berlandaskan prinsip Perlembagaan negara dan undang-undang peringkat pusat dan negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tawaran Anwar Ahad lepas yang dilaporkan mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.
Najib juga berkata, selepas pilihan raya umum lalu, beliau telah membangkitkan mengenai permuafakatan nasional dan apabila pilihan raya selesai, kedua-dua pihak mesti menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat.
"Itu sebagai prasyarat untuk mencapai permuafakatan nasional tetapi kita tahu pihak pembangkang tidak mahu menerima keputusan tersebut yang telah membuat perhimpunan dan terus menuduh kita membuat penipuan melibatkan kononnya 40,000 pengundi warga Bangladesh.
"Semuanya jelas terbukti fitnah dan tidak ada asas sama sekali. Sekarang timbul pula cadangan yang kita telah buat pada peringkat awal," katanya.
Mengulas mengenai isu kalimah ALLAH yang antara lain terkandung dalam cadangan Anwar, Najib berkata kerajaan membuat pendirian berhubung perkara itu seperti yang dinyatakan selepas Mesyuarat Tertinggi Umno baru-baru ini.
"Pendirian dah jelas dan kita harap semua pihak dapat menerima pendirian ini supaya ia tidak menyentuh penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dalam keadaan aman dan bebas.
"Pendirian kita dah jelas dalam hal ini, yang penting untuk semua pihak memahami akan keputusan yang dibuat oleh kerajaan," katanya. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment