Isu Azmin, Khalid: Rakan PR diminta bertenang
SHAH ALAM - Susulan kemelut antara dua pemimpin PKR yang berbalah belum
menemui jalan penyelesaiannya, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),
Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa rakan PR supaya bertenang sekaligus
tidak terburu-buru dalam membuat kenyataan.
Menurutnya, AMK dan pimpinan PKR lain telah mengambil langkah yang perlu untuk menyelesaikan "perbalahan" di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Beliau juga berkata, PKR memberi jaminan isu itu akan diselesaikan secepat mungkin dengan memikirkan kesan yang baik kepada PR dan rakyat.
"Kita nasihatkan kepada rakan PR, biar dapatkan maklumat sahih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang tidak membantu.
"Rakan PR, jangan terburu memberi kenyataan kepada media dan umum yang langsung tidak membantu PKR.
"Kita khususnya AMK tidak akan berdiam diri dalam isu ini, lagipun kita telah mengambil pelbagai tindakan untuk selesaikan perkara itu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Terbaru, media melaporkan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, konflik yang berlaku antara Abdul Khalid dan Azmin perlu ditamatkan kerana ia hanya memberi gambaran negatif kepada imej PR.
"Di saat rakyat Malaysia sedang dihimpit kesempitan kos sara hidup akibat tata kelola serta urus tadbir negara yang tiris dan penuh rasuah oleh kerajaan Umno dan BN, perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikit pun membantu apa-apa,” katanya.
Sehubungan itu, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil turut menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat bersifat peribadi dan tidak mengetahui secara jelas isu sebenar yang berlaku.
"Kita terima semua pandnagan rakan-rakan kita termasuk Pemuda Pas, dan lain-lain.
"Namun kenyataan Suhaizan itu kita anggap ia berbentuk peribadi dan tak mewakili Pas," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment