Guan Eng: Anwar tidak maklum apa-apa
GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau
tidak dimaklumkan peletakan jawatan Adun Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh
atau tentang jawatan Menteri Besar Selangor.
Katanya, disebabkan tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan di negeri yang dipimpin oleh PKR, rakan sekutu DAP dalam PR, maka tidak sesuai bagi beliau membuat sebarang kenyataan.
"Saya tidak dimaklumkan oleh Datuk Seri Anwar tentang apa-apa kemajuan atau perkembangan itu di Selangor... saya rasa segala soalan harus ditujukan kepada (Datuk Seri) Anwar.
"Tidak sesuai untuk saya buat sebarang kenyataan atau pandangan tentang apa yang berlaku di Selangor... apa perasaan saya sekarang tidak penting kerana yang penting bagi saya adalah pastikan keselamatan dan keamanan di Pulau Pinang," katanya.
Guan Eng diminta mengulas mengenai Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, yang dinamakan PKR sebagai calon, seandainya pilihan raya kecil diadakan, untuk Dun Kajang.
Guan Eng sebelum itu menghadiri majlis penyerahan sijil kelulusan polis bantuan Perbadanan Bekalan Air Holding Berhad (PBAHB) di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, pemilihan Anwar dibuat selepas dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pagi ini.
Chin Cheh memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Guan Eng yang diajukan soalan demi soalan mengenai tindakan rakan sekutunya yang dilihat seolah-olah membelakangkan DAP dalam membuat keputusan itu hanya mengulangi kenyataan yang sama. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment