'Selangor bukan hak mutlak PKR'
SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor membidas tindakan bekas Adun Kajang,
Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa alasan munasabah sebaliknya hanya
ingin memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih
kerusi tersebut.
Justeru, dilihat sebagai satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat Selangor serta rakan komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) Selangor sedangkan negeri itu ditadbir secara bersama oleh Pas, PKR dan DAP.
Menurut Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim, pihaknya kesal dan kecewa dengan tindakan tersebut yang menurutnya dilihat membelakangkan rakan daripada PR dalam membuat keputusan.
"Melihat situasi yang berlaku, peletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pagi tadi.
"...oleh itu Pemuda Pas Selangor mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh Pas, PKR dan DAP,...sepatutnya persetujuan bersama amatlah diperlukan.
"...ini kerana tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara PR dan memberi imej negatif kepada rakyat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan peletakan jawatan Chin Cheh.
Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan PR memutuskan untuk meletakkan Anwar sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu.
Menggulas perkara yang sama, Syarhan Humaizi turut bersetuju dengan kenyataan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Malaysia, Mohd Sany Hamzan yang menuntut agar PKR mengemukakan penjelasan bertulis yang munasabah kepada Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas Malaysia untuk menjelaskan perkara tersebut.
"Oleh itu Pemuda Pas Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda Pas Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dun Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," tegasnya.

0 orang berkata:
Post a Comment