Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


31 Januari, 2014

Ini Dia Arkitek Utama "Langkah Kajang".. Ikuti Penjelasan Terperinci Dari Beliau

Jika beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, peranan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan negeri Selangor ialah untuk membantu dan bukan menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi PKR yang merangkap arkitek utama ‘langkah Kajang’ penuh kontroversi itu berkata, Anwar akan memberikan Abdul Khalid perisai politik untuk mempertahankan kerajaan negeri daripada apa yang PKR percaya peningkatan serangan politik daripada ekstremis Umno.

“Anwar boleh jadi MB (menteri besar), Khalid boleh jadi penasihat, Anwar boleh jadi MB, Khalid jadi exco, Khalid boleh jadi MB, Anwar jadi exco. Pilih atur itu ada banyak.

“Tetapi gabungan pakar politik dan pengurusan dalam kerajaan Pakatan pada masa ini amat diperlukan untuk berdepan dengan perkembangan politik akan datang,” katanya dalam temubual bersama The Malaysian Insider.

PKR percaya pesaingnya, parti Melayu, Umno kini bertambah agresif dalam memarakkan ketegangan kaum, dan contohnya ialah roadshow isu kalimah Allah yang dilihat sebagai usaha untuk meletakkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berada dalam keadaan tidak stabil.

Pada masa sama, Rafizi mengakui bahawa kehadiran Anwar dalam kerajaan Selangor bertujuan menyelesaikan permusuhan yang jadi bertambah buruk antara Azmin, yang mengetuai PKR Selangor dan Abdul Khalid.

Bagaimanapun, Rafizi menekankan menyelesaikan apa juga masalah di antara kedua-dua pemimpin itu, yang dilihat secara jelas tidak sehaluan dalam pelbagai isu, adalah perkara “kedua” penting.

“Jika ia persoalan (menyelesaikan) permusuhan Abdul Khalid dan Azmin seperti yang diperkatakan, jadi mengapa kami tidak melakukannya dua atau tiga tahun lalu?“Persengketaan itu memang sudah ada. Ia bukan hanya sebab permusuhan. Itu adalah perkara kedua.

“Kami mahu memperkukuhkan Selangor untuk menjadikan ia negeri contoh dan kami mahu mempunyai pilihan sebaik mungkin untuk tindak balas terhadap BN,” kata ahli Parlimen Pandan itu.

Anwar akan bertanding untuk mendapatkan kerusi DUN Kajang selepas ia dikosongkan secara sukarela oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh, dan tindakan itu menerima kritikan daripada pelbagai kumpulan persatuan sivil.

PKR mendedahkan peletakan jawatan Lee adalah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi itu bagi membolehkan Anwar menjadi Adun atau ahli badan perundangan Selangor.

Parti itu mempertahankan plot berkenaan walaupun tindakan itu menimbulkan kemarahan ramai yang menyatakan pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat.

PKR mendakwa “langkah taktikal” itu perlu bagi memperkukuh Selangor dan menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

PKR juga dituduh mengunakan pilihan raya untuk membenarkan Anwar menangani persaingan antara Abdul Khalid dan Azmin.Dalam temubual semalam, Rafizi turut mempertahankan rancangan itu sebagai satu keperluan untuk menambah sokongan Pakatan di Selangor terutama ketika rakyat kini menjadi semakin mendesak terhadap kerajaan negeri.

“Ketika penggal pertama, kami adalah kerajaan baru dan rakyat beri kami kepercayaan walaupun ada sedikit sangsi. Tetapi, dalam penggal kedua ini, mereka mahu kami selesaikan masalah mereka.“Kita tidak boleh terus-terusan jadi defensif dan beroperasi dalam keadaan terkepung dan bermain kad simpati,” katanya. ~tmi

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.