Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


27 Januari, 2014

DUN Kajang Di Isytihar Kosong, Pilihanraya Kecil Pertama Tahun Ini

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh mengisytiharkan kerusi DUN Kajang dikosongkan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Perkara itu diumumkan Hannah petang ini dalam satu sidang media khas di Dewan Annex dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada SPR esok.

Ia berikutan Adun Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat serta merta dalam satu surat bertulis yang diserahkan secara peribadi kepada Speaker hari ini.

"Ini selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor Perkara 68 bahawa seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) boleh melepaskan jawatannya melalui surat di bawah tandatangannya yang ditujukan kepada Speaker.

"Selaras dengan Fasal 5 Perkara 70 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku dan saya akan maklumkan secara bertulis kepada SPR esok pagi.

"Dengan ini saya mengisytiharkan kerusi N25 Kajang telah dikosongkan pada hari ini," katanya.Bagaimanapun sebab perletakan jawatan itu tidak dinyatakan dan Hannah meminta supaya perkara itu ditanya secara peribadi kepada Lee sendiri.

Beliau berkata keputusan menempatkan calon baru untuk bertanding di kerusi itu juga akan ditentukan oleh pucuk pimpinan PKR.

Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus. ~selangorkini

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.