Apa pasal BN meraba-raba mencari calon ? Lee Chong Wei adalah ahli sukan yang tak tahu apa itu alif ba ta politik tiba-tiba dicadangkan menjadi calon BN menentang Anuar Ibrahim kat Kajang, ini menunjukkan BN sudah muflis calon, mereka mahu jadikan sesiapa juga sebagai batu loncatan setelah menteri mereka kecut untuk berhadapan dengan Anuar Ibrahim - Pak Karamu
PRK Kajang!! Lee Chong Wei Jawab Isu Bakal Dicalonkan Menentang DS Anwar Ibrahim.. Jom Terjah!!!
9:20 AM
No comments
Bermula
dengan cadangan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul
untuk meletakkan Chong Wei sebagai calon kerana popularitinya yang dapat
menandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ada kemungkinan cadangan itu
bakal dipertimbangkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai.
Ditanya
tentang respon Lee Chong Wei berhubung cadangan beberapa pihak supaya
beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)
Kajang, beliau memberitahu langsung tidak mengetahui tentang perkara
tersebut.
"Saya
tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan
untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut."
Terdahulu,
dua calon popular iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai dan
Lee Chong Wei adalah dua nama yang disebut kemungkinan menjadi calon
Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.
Dalam
pada itu, Chong Wei menolak untuk memberikan komen lebih lanjut tentang
kesediaannya untuk menukar haluan ke bidang politik jika diberi
peluang. Katanya, dia belum berfikir tentang perkara tersebut buat masa
ini.
0 orang berkata:
Post a Comment