PRK Kajang: AMK Mahu Anwar Sebagai Calon
27 Januari 2014
Kenyataan Media
Kenyataan Media
Untuk Edaran Segera
Pilihanraya Kecil Kajang:
AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon
Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari
AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan
Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di
ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang
membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang
pertimbangan peribadi.
Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat
menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk
memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.
Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK
percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk
bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat
sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat
menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan
menterjemahkan konsensus nasional.
Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar
Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya
Kecil DUN Kajang.
Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera
Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil
ini.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia