Dun Kajang: Ahli Pas Selangor diminta bertenang
PAS Selangor mengikuti perkembangan politik di Selangor secara langsung dan berhati-hati.
Pas Selangor menganggap isu kekosongan kerusi Dun Kajang adalah isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan Menteri Besar (MB) Selangor pada waktu ini.
Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan Pas Selangor tidak akan terlibat campur.
Selagi isu jawatan MB Selangor tidak dikaitkan, maka Pas hanya menjadi pemerhati sahaja.
Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka Pas Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat dan Pas Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai.
Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya Pas Selangor sebagai calon utama kita.
Kita akan menghantar nama ini untuk pertimbangan Pas Pusat dan terserah kepada kepimpinan Pusat untuk menentukannya kemudian.
Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri.
Dengan itu Pas Selangor minta ahli-ahli Pas di semua peringkat untuk terus bertenang dan menunggu arahan terus dari Pas Selangor dari masa ke semasa.
Apa pun keputusan kita dalam Pakatan Rakyat (PR) kita yakin ia mestilah membawa kepada kestabilan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PR.
MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN
Setiausaha Pas Negeri Selangor

0 orang berkata:
Post a Comment