Pencalonan Anwar soal perjuangan, bukan peribadi
PETALING JAYA - Pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
hari ini sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang dilihat
sebagai perjuangan untuk memartabatkan parti.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, tidak timbul soal peribadi dalam pemilihan Anwar kerana baginya perjuangan parti harus didahulukan daripada kepentingan peribadi.
"Saya rasa ini melibatkan soal perjuangan parti, bukan soal kepentingan peribadi," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dun Kajang di Pejabat Pusat PKR hari ini.
Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan peletakan jawatan bekas Adun Kajang daripada PKR, Lee Chin Cheh.
Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan PR memutuskan untuk meletakkan Anwar sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu.

0 orang berkata:
Post a Comment