26 Januari, 2014
Bahaya!! Banner Provokasi Perkauman Bertebaran Di Penang
Pemuda Umno Bahagian Jelutong mendakwa kain rentang berbaur provokasi
berhubung kalimah Allah digantung di perkarangan beberapa buah gereja
dan sebuah perhentian bas di sekitar Pulau Pinang awal hari ini.
Ketuanya Jasmin Noordin berkata perbuatan itu bukan dilakukan oleh pihak
gereja tetapi sebaliknya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya percaya ada pihak tertentu yang sengaja hendak membuat provokasi supaya rusuhan kaum berlaku di Malaysia dengan menggantung kain rentang sedemikian," katanya.
"Saya percaya ada pihak tertentu yang sengaja hendak membuat provokasi supaya rusuhan kaum berlaku di Malaysia dengan menggantung kain rentang sedemikian," katanya.
Difahamkan, kain rentang terbabit dengan jelas tertera ungkapan “Allah
Is Great” (Allah Maha Besar) dan "Jesus is the son of Allah” (Jesus anak
lelaki Allah) dipercayai digantung di lima kawasan di sekitar negeri
ini.
Jasmin berkata pihaknya akan membuat polis terhadap perbuatan itu yang
dipercayai dilakukan pada tengah malam tadi.Katanya, beliau berjaya
menurunkan kain rentang berkenaan yang terdapat di Gereja St John
Britto, di Sungai Pinang kerana perbuatan sedemikian akan menghancurkan
keharmonian di negara ini.
"Saya percaya kain rentang berbaur provokasi ini digantung di perkarangan lima buah gereja di negeri ini," katanya.
Tinjauan di sekitar kawasan berkenaan mendapati kain-kain rentang
berkenaan telah diturunkan dan difahamkan hampir 100 penduduk Kampung
Rawa, Sungai Pinang di sini berkumpul untuk melihat kain rentang
terbabit sebelum ia diturunkan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal
Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam Datuk Abdul Malik Abul Kassim
berkata beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung perkara itu
sehingga dimaklumkan oleh pihak media.
"Saya baru dapat tahu perkara tersebut dan satu siasatan segera akan
dilakukan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," katanya. ~tmi
0 orang berkata:
Post a Comment