Sunday, January 26, 2014
Duit Petronas: Anwar guna RM3billion, Najib guna RM70 billion, Pak Lah...
[FMT] SEREMBAN: Tokoh muda PKR, Rafizi Ramli mendakwa dedahkan Datuk
Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun
dari 1991 hingga 1998 hanya menggunakan RM3 bilion duit Petronas setiap
tahun untuk perbelanjaan kerajaan.
“Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan sebelum dia kena dipecat pada
tahun 1998, tiap-tiap tahun Anwar hanya ambil duit Petronas RM3 blion
sahaja untuk perbelanjaan kerajaan.
“Tetapi bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (dalam tempoh
menjadi Perdana Menteri) menggunakan RM237 billion dari duit Petronas
(perbelanjaan kerajaan).
“Sepanjang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak
2009, tiap-tiap tahun kerajaan Barisan Nasional ambil RM70 billion
setahun dari duit Petronas (perbelanjaan kerajaan),” jelas Rafizi yang
juga ahli parliman Pandan.
Beliau yang juga Pengarah Strategi PKR berkata jika kerajaan kata tidak
ada wang itu tidak betul kerana pendapatan negara lebih dari mencukupi.
“Minyak itu hasil rakyat, milik rakyat. Kamu boleh ambil untuk kamu
bermewah dengan macam-macam projek kamu buat. Tapi untuk bagi 20sen, 30
sen satu liter (minyak) kepada rakyat, kamu berkira besar.
“Sebab itu kalau dia (kerajaan) kata tak ada wang, itu tidak betul,
kerana jumlah wang yang dikutip daripada cukai rakyat cukup tinggi,
jumlah wang yang diperah dari Petronas cukup tinggi.
“Soal kewangan pendapatan (negara) tidak cukup itu tidak betul,” katanya
di hadapan lebih 500 orang diceramah penerangan mengenai cukai barangan
dan perkhidmatan kerajaan anjuran Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di
Seremban malam tadi.
Bajet 4B
Dalam ceramah yang bertajuk ‘GST mencekik rakyat’ itu, Bekas Pengurus
Bank Negara dan Pakar Ekonomi, Dr Rosli Yaakop pula menyifatkan bajet
kerajaan umumnya adalah Bajet 4B.
“Saya panggil bajet kerajaan sebagai Bajet 4B sebab boros, bazir, bocor dan berhutang.
“Perbelanjaan lebih kurang RM264 bilion tetapi pendapatan negara sekitar
RM224 bilion. Maka defisit setiap tahun ialah RM40 bilion.
“Dah 16 tahun negara alami defisit. Dah 16 tahun belanja lebih dari
hasil. Dia (kerajaan) beritahu kita hutang negara ketika ini RM500
bilion.
Itu pun dah besar.
“Yang sebenarnya hutang negara dianggarkan dah mencecah RM600 bilion.
“Yang GLC (syarikat berkaitan kerajaan) pinjam, yang kerajaan tanggung jaminan dia, tak terkira dalam hutang negara.
“Saya jangka pada tahun 2020, hutang negara mungkin akan mencecah RM1 trilion,” kata Dr Rosli.
Dua jabatan digaji tapi fungsi sama
Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong (DAP) pula mempertikaikan bagaimana
kerajaan boros dengan menggajikan dua jabatan kerajaan untuk membuat
kerja yang sama.
“Malam ini kita ada kawan-kawan dari cawangan khas (Polis DiRaja
Malaysia). Kalau ada ceramah memang ada cawangan khas. Cawangan khas ini
biasalah, kawan baik kita. Tetapi ada satu lagi jabatan yang membuat
kerja yang sama iaitu Jasa (Jabatan Hal Ehwal Khas).
“Kenapa kerajaan membayar gaji kepada dua jabatan sedangkan dua pasukan
ini membuat kerja yang sama, iaitu menyalurkan infomasi tentang aktiviti
Pakatan Rakyat kepada kerajaan.
“Di Negeri Sembilan contohnya ada 36 kawasan Dewan Undangan Negeri dan
ada 36 pegawai Jasa. Saya lebih rela menaikkan gaji kawan-kawan cawangan
dan polis daripada menggunakan dua jabatan yang membuat kerja yang
sama,” ujar Teo.
Turut hadir dan berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani. - Zefry Dahalan/25/1/14
Duniacacamarba
0 orang berkata:
Post a Comment