27 Januari, 2014
Inilah Wajah Papagomo Yang Pucat Lesi Ketika Hadir Kes Saman Fitnah RM100 Juta Oleh Anwar
Pagi ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, Papagomo atau nama
sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris seorang bekas konstable
polis trafik RF 142863 yang kena buang kerja sebab rasuah kes RM400
keatas seorang penagih dadah dan disumbat dalam penjara 14 hari dan
denda RM10,000 telah hadir untuk bicara kes kena saman fitnah jahat
jijik RM100juta dari DSAI.
Beliau hadir dengan beberapa kerat penyokongnya .. muka pucat lesi .. berbeza dengan DSAI yang tersenyum dan tenang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21hb Mac 2013 telah
memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung
penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan
dirinya dengan seorang lelaki.
Writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan
menamakan pemilik dan pengendali blog tersebut yang dikenali sebagai Wan
Muhammad Azri Wan Deris sebagai defendan.
Menurut peguam R. Surendran, tindakan saman itu diambil selepas tamat
notis 48 jam yang diberikan kepada Papa Gomo, tidak dibalas.
Menurut Surendran, Anwar mengambil tindakan saman ke atas defendan
kerana menyiarkan perkataan dan gambar di laman blognya bahawa terdapat
video seks Anwar dengan lelaki gay.
"Defendan dengan lantang dan jahat mendakwa lelaki dalam video tersebut
adalah Anwar Ibrahim. Ini adalah penipuan yang amat besar dan serius dan
fitnah jahat oleh blogger Umno". ~omakkau
0 orang berkata:
Post a Comment