29 Januari, 2014
Anwar Ibrahim.. Hang Patut Baca Ni!!
PAS kesal dengan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat.
“Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin. “Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat.
“Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin. “Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menyifatkannya sebagai politik picisan, Mohd
Khairuddin turut mengingatkan isu ini mampu menggugat keyakinan rakyat
kerana Pakatan Rakyat sepatutnya fokus kepada mendedahkan kegagalan
kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus ekonomi negara.
Katanya, Pakatan Rakyat perlu menilai semula sejarah Pilihan Raya Umum
ke-12 (PRU12) yang menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat
dan meninggalkan parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan
Pakatan Rakyat.
Manakala sejarah PRU ke-13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan Adun.
“Nasihat ini saya lontarkan sebagai peringatan bersama seluruh warga Pakatan Rakyat khususnya para pemimpinnya,” katanya.
PAS, parti tupperware?
Sementara itu Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi berkata,
pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai
konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil
Kajang.
“PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit
pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan,” soalnya
Katanya, PKR tidak sepatutnya mempermainkan amanah rakyat yang berkerja,
berjuang dan mengundi bersungguh-sungguh dalam PRU lalu.
“Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos
sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung.
“Tak pasal-pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan,” katanya.
Manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd
Sany Hamzan berkata, pihaknya menuntut penjelasan yang munasabah
daripada Lee terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada
Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera.
“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan
Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan
arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat
untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang
nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon
PKR,” tegasnya.
Beliau menganggap tindakan Lee sebagai satu pengkhianatan amanah yang
diberikan rakyat Selangor serta membelakangkan semangat ‘syura’ di
kalangan Pakatan Rakyat Selangor.
Beliau juga kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan
agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan
DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor.
“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa
saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan
pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah
‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor,” katanya. ~fmt
0 orang berkata:
Post a Comment