Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Anwar seru semua pihak capai konsensus nasional demi negara

PETALING JAYA 26 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak mengenepikan perbezaan politik dan mencapai suatu konsensus nasional bagi menyelesaikan pelbagai isu yang mencengkam negara.

Perkara itu dinyatakan dalam satu perutusan khas yang ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia, hari ini.

Menurut Anwar, mutakhir ini,  beberapa keadaan dan kejadian telah mengakibatkan hubungan antara kaum dan agama yang dibina sejak merdeka semakin renggang.

“Kita sebenarnya belum menyaksikan usaha sebegini rupa semenjak kejadian-kejadian yang berlaku sebelum tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.

“Suara-suara kebencian dan kemarahan, suara-suara berprasangka buruk dan penuh syak wasangka, dan suara-suara kemusnahan dan kebobrokan yang cuba menghancur-leburkan keharmonian, kerjasama dan persefahaman yang telah kita bina dari runtuhan tragedi ini.

“Malah kejadian-kejadian ini seperti semakin menjadi-jadi hingga kelihatan seperti mampu menggugat perpaduan,” ujarnya dalam perutusan khas yang disampaikan di Subang Jaya, hari ini.

Menurut Anwar, semangat perkauman dan kebencian terhadap penganut agama lain perlu dihentikan dengan merapatkan semula  perpaduan di kalangan rakyat.

“Para pemimpin dari kedua-dua belah pihak perlu mengenepikan isu kepartian dan menunjukkan semangat kepimpinan sejati untuk meleraikan ketegangan ini dan berusaha memperbaiki keadaan,” ujarnya.

Justeru itu katanya, tiba waktunya untuk semua pihak mencapai satu konsensus nasional terhadap isu-isu yang teramat penting ini yang mendatangkan impak terhadap identiti sebuah bangsa dan negara.

“Marilah kita bekerjasama untuk mengatasi masalah-masalah dalam isu tadbir urus, ketelusan dan kebertanggungjawapan.

“Tidak kira di peringkat Pusat mahupun di negeri-negeri, marilah kita menetapkan iltizam untuk menghapuskan barah rasuah yang menghantui kita,”

“Masalah kenaikan harga barang tidak mengenal batas kepartian. Oleh itu, marilah kita berganding bahu untuk meningkatkan kebajikan rakyat dan mencari jalan penyelesaian yang tidak terus mendatangkan beban,” katanya.

“Adalah menjadi tanggungjawab moral kita, khusus di kalangan kita yang telah dipilih untuk mewakili rakyat, untuk melangkaui batas kepartian dan berganjak menuju suatu konsensus nasional demi membawa Malaysia ke hadapan,” ujarnya.

Perutusan Penuh Anwar boleh dibaca di sini

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58628

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.