Aziz: Tindakan Anwar memalukan
KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengumumkan untuk mengisi kekosongan kerusi Dun Kajang selepas sehari
wakil rakyatnya meletak jawatan disifatkan sebagai memalukan.
Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Ab Aziz Kaprawi, tindakan itu secara jelas berlaku permaian politik dalam PKR.
"Bukan itu sahaja lebih memalukan apabila seorang pemimpin yang menganggap dirinya sebagai berintergriti dan berwibawa dengan mudah mempermainkan kepercayaan yang telah diberikan rakyat.
"Sepatutnya PKR menghormati setiap undian yang diberikan kepada mereka. PRU13 baru sahaja berlalu, undi rakyat dibuat main-main hanya untuk kepentingan politik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena Tahun Baru Cina 2014.

Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading itu juga berkata, PKR sepatutnya menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan bijak bukan mengheret rakyat dalam masalah mereka.
Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Anwar adalah calon PKR bagi Dun Kajang selepas , Lee Chin Chen mengosongkan kerusi itu semalam.
Pengumuman itu menguatkan lagi desas desus bahawa Anwar bakal menggantikan Khalid sebagai meredakan kemelut antara dua pemimpin PKR .
Pada pengumuman itu dibuat Anwar juga meminta agar BN tidak meletakkan calon bagi memudahkan laluan kepadanya.
0 orang berkata:
Post a Comment