Cerita ni ada lojiknya, didalam politik apa-apapun boleh terjadi, sementara PM Najib pula berkata "Biar dia merunding dengan jama'ah menteri dahulu ! Sebenarnya kita tidak tahu apakah yang dimaksudkan oleh PM hendak berunding dengan jama'ah menteri dahulu. Adakah berkait dengan penyertaan Anuar akan kembali kepada UMNO ? Sekiranya Anuar kembali kepada UMNO rasanya agak mustahil, namun didalam politik apa-apapun boleh berlaku, tambahan pula jika dia diberikan kejawatan PM,
Memandangkan arus politik didalam PKR sekarangpun agak haru biru, yang mana keahliannya tidak menentu, terkenang juga apa yang dikatakan oleh PM Najib "yang penting ialah negara sentiasa aman dan
dapat menentukan kesejahteraan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan
kerajaan" maka tidaklah mustahil desas sesus bahawa Anuar akan menyertai kembali kepada UMNO. Kita terkenagkan juga pada suatu masa dahulu bahawa Ku Li terpaksa membubarkan Semangat 46 kerana menjaga kepentingan yang sama dengan nada apa yang PM Najid katakan - Pak Karamu
Tuesday, January 28, 2014
Cerita Paling Lawak 2014-Anwar Ibrahim bakal masuk UMNO? - Written By canang
Maklumat sahih dari kem bekas 2 Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad
dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyebut, usaha-usaha sedang dibuat untuk
membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.
Sumber yang memaklumkan perkara ini kepada aku menyebut bahawa usaha
tersebut dibuat memandangkan di dalam UMNO tidak ada pemimpin yang boleh
menggantikan Najib Tun Razak jika keputusan dibuat untuk menggantikan
Perdana Menteri tersebut.
Lagipun Anwar juga katanya sudah tidak melihat sebarang harapan akan
dilantik menjadi Perdana Menteri selagi berada bersama Pakatan Rakyat,
memandangkan majoriti orang Melayu masih sukar menerima politik DAP dan
PAS pada masa yang sama.
Hanya UMNO saja katanya yang membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri
pada ketika kepimpinan Najib mula ditolak rakyat Malaysia.
Mahathir dikatakan bersedia melupakan semua masalahnya dengan Anwar,
asal sahaja Anwar bersetuju untuk menggantikan Najib, sementara Paklah
memang tidak pernah ada masalah dengan Anwar, malah Paklah adalah
individu yang bertanggungjawab mengeluarkan Anwar dari penjara pada
2004.
Disebutkan juga bahawa kenyataan Anwar semalam untuk mengadakan
rundingan dengan UMNO dalam pelbagai isu berkaitan perpaduan negara,
hanyalah alasan pemimpin utama Pakatan Rakyat tersebut untuk memasuki
UMNO.
Ini bukan pertama kali Anwar memohon untuk mengadakan rundingan dengan
UMNO atas pelbagai isu, sudah beberapa kali puntapi tidak pernah
mendapat perhatian dari parti utama orang Melayu tersebut.
Justeru, aku meminta pejabat Ketua Pembangkang agar menjelaskan
kebenaran di sebalik dakwaan ini dengan segara bagi mengelakkan
kekeliruan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat berterusan.
Usaha kem Mahathir dan Paklah untuk menggulingkan Najib bukan cerita
baru, tapi kita tidak sangka Anwar pula yang jadi pilihan mereka berdua
untuk menggantikan Najib di Putrajaya.
Sebaiknya perkara ini dijelaskan dengan segara, rakyat mahu tahu apa
sebenarnya yang terjadi di atas. Sekiranya isu ini ada kebenaran, maka
mungkin akan ada perubahan besar pada lanskap politik
Malaysia.- negarapakatanrakyat.blogspot.com
http://www.kualalumpurpost.net/anwar-ibrahim-bakal-masuk-umno-0/
0 orang berkata:
Post a Comment