Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, January 31, 2014

Putrajaya bakal hadapi persepsi negatif jika lantik Shafee sebagai peguam negara OLEH V.ANBALAGAN




Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee dan Putrajaya akan menghadapi pesepsi negatif jika dia dilantik sebagai peguam negara, kata sekumpulan peguam.

Penasihat dan pengasas kepada Peguam untuk Kebebasan, Eric Paulsen (gambar) berkata, Putrajaya tidak sepatutnya mempertimbangkan langsung Shafee sebagai calon untuk jawatan itu kerana beliau membawa bebanan tersendiri.

"Peguam negara adalah satu jawatan yang tidak boleh dipertikaikan dan calon-calon untuk jawatan ini perlu dilihat bebas dan mengatasi kuasa politik," katanya kepada The Malaysian Insider.


Beliau berkata, jika Shafee dilantik atau dipertimbangkan untuk jawatan itu, maka keseluruhan Jabatan Peguam Negara akan terjejas daripada kedudukan sekarang kepada lebih buruk lagi kerana beliau (Shafee) dikenali sebagai peguam Umno.

Katanya, Shafee telah menjadi penasihat perdana menteri sebelum ini dan perdana menteri sekarang serta Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga berkata, Shafee juga dikenali kerana mengambil sikap menentang pembangkang khasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apatah lagi ia sangat tidak sesuai setelah beliau terlibat dalam kes sodomi Anwar. Persepsi umum adalah jika beliau berjaya menang kes bagi pihak pendakwa, hadiah untuknya adalah jawatan Peguam Negara seterusnya."

Pada 9 Januari, 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Desa Damansara unit kondominium di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Shafee bakal mengetuai pasukan pendakwaan apabila Mahkamah Rayuan mendengar rayuan pendakwa raya pada 12 Februari ini.

Paulsen berkata demikian ketika mengulas Shafee yang mendedahkan keinginannya untuk menjadi penasihat undang-undang negara dan pendakwa raya.

Peguam kanan berusia 61 tahun itu berkata beliau sedia mengambil alih jawatan itu untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan tidak memikirkan soal membuat wang.

"Saya akan menerima apa-apa jawatan untuk berkhidmat. Jika saya layak untuk jawatan itu dan kerajaan benar-benar inginkan saya, saya akan menerimanya," kata Shafee di pejabatnya dekat Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari Khamis.

Paulsen berkata pengakuan Shafee mengesahkan apa yang telah menjadi rahsia umum sejak sekian lama di kalangan pengamal undang-undang.

Beliau berkata, tidak ada keraguan Shafee memahami undang-undang dan mempunyai keupayaan yang cemerlang tetapi soalannya adalah samada beliau mendapat keyakinan umum sebagai peguam negara atau tidak.

"Jawatan Peguam Negara tidak boleh tercemar," katanya.

Paulsen berkata, ia telah berlaku kepada pelantikan Tun Zaki Azmi, bekas Peguam Umno, yang telah dilantik terus sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007 dan kemudian Ketua Hakim Negara.

"Beliau adalah seorang peguam kanan tetapi tidak sehebat Datuk Seri Gopal Sri Ram (yang dilantik terus ke Mahkamah Rayuan) dengan ensiklopedia pengetahuan undang-undangnya," katanya.

Beliau berkata, semua mata tertumpu setiap kali ada kes berkaitan Putrajaya dan Umno seperti krisis Perlembagaan Perak sama ada Zaki campur tangan dalam memanipulasi penghakimannya.

Shafee berkata, khabar angin beliau menjadi Peguam Negara telah wujud sejak 15 ke 20 tahun lalu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Shafee, yang dilantik secara ad hoc sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk memimpin pasukan pendakwaan untuk membatalkan pembebasan Anwar pada tahun 2012, juga perlu dilihat sebagai tugas untuk perkhidmatan awam.

Beliau berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah tidak mengambil kes ini kerana tuduhan terhadapnya, seperti manipulasi keterangan dan bekas pendakwa raya (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) pula telah bersara.

Lawyers for Liberty dua minggu lalu mempersoalkan peranan Shafee sebagai pendakwa selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuannya selepas didenda RM5, 000 oleh Lembaga Tatertib Peguambela dan Peguamcara kerana melanggar peraturan publisiti di bawah Akta Profesion Guaman.

Paulsen kemudian berkata ini merupakan satu lagi sebab mengapa Gani perlu mengambil balik lesen yang diberikan kepada Shafee untuk mengendalikan kes Anwar. – 31 Januari 2014

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.