Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, January 30, 2014

Alahai Macai... ADUN letak jawatan pun lapor Polis?


Dua laporan polis dibuat oleh enam badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan hari ini bagi membantah peletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada Isnin lepas dan menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu.

Enam NGO berkenaan ialah Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas), Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Majlis Belia Selangor, Cahaya Haluan Amanah Insan (Chai) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) manakala Syed Mohamad Noor Syed Abu Bakar mendakwa mewakili penduduk Kajang.

Kedua-dua laporan itu, yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada kira-kira 2 petang tadi, mendakwa peletakan jawatan Chin Cheh mempunyai unsur rasuah kerana memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi Dun Kajang itu.

Kira-kira 50 wakil NGO dan penduduk tempatan berkumpul di hadapan IPD Kajang sambil memegang kain rentang dan sepanduk yang menolak Anwar untuk menjadi calon PKR bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

Wakil NGO, Zakaria Mohd Ali berkata, laporan itu dibuat kerana Batas dan NGO lain tidak mahu Adun PKR sewenang-wenangnya meletakkan jawatan kerana ia merugikan rakyat.

Pada 28 Januari lepas, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil Dun Kajang.

Chin Cheh memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. - Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.