Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

30/01/14

Saya akan berkempen PRK Kajang - Mohd Sabu


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan beliau akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang jika calon yang bertanding itu atas tiket Pakatan Rakyat.

Beliau memberitahu, PAS dari sudut Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang masalah siapa yang dicalonkan oleh PKR memandangan kerusi tersebut merupakan milik parti itu.

Kelmarin, mesyuarat Pakatan Rakyat telah memutuskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan bagi mewakili PKR pada PRK Dun Kajang.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengarah Pilihraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan PKR.

"Saya akan turut sama turun berkempen pada PRK Kajang nanti jika yang bertanding itu atas tiket Pakatan Rakyat.

"Bagi kita dari PAS soal kerusi atau calon bukan satu masalah dan PKR boleh mengemukakan siapa juga calon mereka, kita akan menyokong," jelasnya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR petang semalam.

Ketika ditanya mengenai pandangan beberapa pimpinan dalam PAS yang mempertikai keputusan tersebut, jelas beliau selaras dengan prinsip demokrasi setiap pihak boleh menyatakan pandangan peribadi.

"Ada pun pandangan peribadi pemimpin di peringkat Pemuda, Ulamak dan Selangor saya meraikan sebagai pandangan peribadi sebagai menghormati demokratik.

"Kita dari PAS mesti menunggu keputusan rasmi dari selepas mesyuarat Jawatankauasa PAS Pusat yang dipengerusi oleh Presiden PAS nanti.

"Walaupun ada pandangan suara tertentu keputusan muktamad adalah arahan dari Presiden, kita kena patuh keputusan yang dikeluarkan," sambung beliau.

Tambah beliau lagi, spekulasi mengenai kedudukan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor dan tuntutan PAS kepada jawatan tersebut tidak pernah dibincangkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat atau peringkat PAS Pusat.

Timbalan Presiden PAS itu menggesa agar semua ahli dan pimpinan di semua peringkat supaya bertenang dan jangan mengeruhkan suasana serta menunggu keputusan daripada mesyuarat PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang minggu hadapan. - HD

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.