Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Bongkar!!! Tudiaaa Jelas Sudah: Konflik Penyingkiran Azmin Ali Terjawab.. Jom Terjah!!!

PETALING JAYA: Persoalan mengenai siapa yang bertanggungjawab dalam konflik penyingkiran Mohamed Azmin Ali daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akhirnya terjawab apabila minit mesyuarat menunjukkan kegagalan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memuktamadkan status keanggotaan Adun Bukit Antarabangsa itu ketika proses lantikan semula dibuat sebagai punca kepada segala kemelut ini.
Kekeliruan bermula apabila MMKN yang bersidang pada 13 November tahun lalu dan dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya meluluskan dua nama untuk menganggotai ahli lembaga pengarah PKNS tanpa menyebut secara jelas atau bertulis mengenai status Mohamed Azmin.
Dua nama yang diluluskan itu ialah Adun Cempaka, Iskandar Samad (penyandang) dan Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim (yang dilantik mengantik Teresa Kok) manakala bagi nama ketiga pula iaitu yang melibatkan kedudukan Azmin belum ditentukan ketika itu.
Menerusi minit mesyuarat yang didedahkan kepada media oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar pada Rabu juga dengan jelas menunjukkan bahawa nama Mohamed Azmin tiada dalam senarai untuk dilantik semula menganggotai PKNS.
Bagaimanapun lampiran petikan minit berkenaan juga tidak menyebut mengenai nasib Mohamed Azmin secara jelas sebaliknya memaklumkan akan ditentukan kemudian.
Namun begitu sesuatu yang jelas dan nyata ialah pelantikan jawatan Azmin hanya akan tamat tempoh pada 10 Februari 2015.
Ini bermakna walaupun nama Azmin tidak disebut sebagai anggota lembaga PKNS yang dilantik semula, tetapi jawatannya masih sah sehingga tarikh tamat tempoh tersebut.
Ini kerana pada masa yang sama, mesyuarat MMKN tidak pula dengan jelas dan nyata menggugurkan namanya atau memecatnya daripada jawatan tersebut.
Sebaliknya apa yang berlaku selepas itu ialah, Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar apabila menerima keputusan hasil mesyuarat MMKN tersebut telah membuat kesimpulan yang kedudukan Azmin selaku anggota lembaga telah digugurkan kerana namanya tidak disebut bersama dua anggota yang lain iaitu Iskandar Samad dan Teng Chang Kim.
Beliau kemudiannya dalam sepucuk surat kepada Azmin bertarikh 8 Januari memaklumkan pengguguran Azmin selaku anggota lembaga PKNS berkuatkuasa 4 Disember 2012.
Isu mengenai penyingkiran Azmin bermula apabila PKNS mencadangkan kepada menteri besar supaya mempertimbangkan kembali status keanggotaan tiga individu yang diluluskan pelantikan sebagai anggota lembaga PKNS oleh MMKN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sama ada masih sah ataupun tidak.
Tiga nama yang dicadangkan untuk dipertimbangkan kembali ialah Mohamed Azmin, Iskandar dan bekas Adun Kinrara, Teresa Kok.
Namun hanya Iskandar dipersetujui untuk dikekalkan dalam PKNS sementara kedudukan Teresa yang bukan lagi Adun di Selangor digantikan dengan Teng manakala status Azmin tidak disebut dan inilah dipercayai menjadi punca timbulnya isu tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.