Hanya gimik kerajaan semata-mata
SHAH ALAM – PR Selangor mendakwa tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah kurangkan perbelanjaan sektor
awam mulai hari ini adalah sebagai ‘gimik’ semata-mata bagi meredakan
kemarahan rakyat.
Pesuruhjaya Pas, Iskandar Abdul Samad mempersoalkan langkah Najib itu yang disifatkannya dilakukan selepas rakyat bangkit menyatakan kemarahan.
Iskandar berkata, 11 usaha penjimatan itu dilihat hanya di peringkat permukaan dan tidak memberi kesan banyak.
“Nampaknya usaha ini diumumkan setelah rakyat bangkit akibat tertekan dengan kenaikan harga,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman dibuat oleh Najib berhubung hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan lebih berhemah tahun ini.
Iskandar berkata, pengumuman tersebut juga seolah-olah menghukum kakitangan kerajaan.
Menurutnya, kerajaan sepatutnya perlu mengkaji langkah-langkah yang dapat memberi kesan berhubung penjimatan.
Katanya, ia dapat dilakukan melalui kos kontrak-kontrak kerajaan.
“Ini dapat dilakukan melalui tender terbuka supaya kerajaan mendapat nilai dan harga terbaik setiap kontrak sama ada untuk projek atau pun perolehan,” katanya.
Timbalan Setiausaha DAP, Ng Suee Lim berkata, langkah tersebut hanya untuk mengalihkan fokus daripada isu sebenar dihadapi rakyat yang semakin terbeban.
Suee Lim berkata, beliau turut mempertikaikan mengapa baru kini kerajaan mengumumkan perkara seumpama itu.
Menurutnya, isu sebenar adalah kerajaan didakwa sebagai tunduk terhadap syarikat konsesi.
“Nampak pengumuman ini hanya gimik dan kosmetik untuk redakan kemarahan rakyat berikutan harga barang naik yang memberi kesan berantai.
“Cuba nak alih tumpuan rakyat kerana tiada gunanya potong itu ini jika masih berlaku ketirisan dan rasuah,” katanya.
Suee Lim berkata, beliau menyindir kerajaan dengan menyatakan bahawa sekiranya mahu melakukan perubahan perlu mencontohi kerajaan negeri.
Menurutnya, kerajaan negeri melakukan penjimatan sejak 2008 apabila mengambil alih pentadbiran.
“Kekuatan untuk melakukan perubahan adalah gimik semata-mata kerana kalau nak buat dari sebelum ini sudah boleh buat penjimatan ini.
“Maknanya kalau betul-betul nak berubah boleh lakukan,” katanya.
Naib Ketua Wanita PKR Pusat, Haniza Mohamed Talha pula berkata, pengurangan diumumkan itu disifatkannya sebagai sangat minimum.
Haniza yang juga merupakan Adun Taman Medan serta bekas Ketua Wanita PKR Selangor berkata, tindakan itu tidak dapat mengurangkan banyak pembaziran.
Menurutnya, beliau mendakwa langkah tersebut hanya untuk publisiti semata-mata bagi menggambarkan kerajaan prihatin.
“Ini hanya publisiti kon prihatin dan nampak seperti tiada perancangan rapi.
“Saya tak nampak pengurangan itu boleh jimatkan kerana banyak pembaziran seperti dalam Laporan Audit Negara lalu,” katanya.
Haniza berkata, beliau mencadangkan sekiranya kerajaan benar-benar mahu berjimat maka jawatan tidak penting di dalam Kabinet perlu dimansuhkan.
Menurutnya, kerajaan tidak memerlukan Kabinet yang ramai sehingga berlaku pertindihan peranan antara kementerian.
“Biar yang mana perlu sahaja... buang jawatan yang tak perlu.
“Nak bayar gaji lagi... contohi Selangor pengurusan tidak berbelanja banyak dan berhemah,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment