‘Laporan terbaru’ tiga bulan lalu punca Anwar disekat ke Jepun
KUALA
LUMPUR 22 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
pihak imigresen Jepun menerima ‘laporan terbaru’ tiga bulan lalu, dalam
tahun 2013 punca beliau dihalang masuk ke Jepun.
“Saya tanya.. (apa sebab dihalang). Kemudian dikatakan ada laporan baru tiga bulan yang lalu.
“Saya katakan telah ke Jepun pada 2012. Kemudian selepas balik (ke
Malaysia) dikatakan ada laporan tahun lalu, yang terakhir pada 2013,”
kata Anwar pada sidang media di Pejabat Agung Pas, hari ini.
Anwar memaklumkan, sekatan dibuat imigresen Jepun berdasarkan Akta
Kawalan Imigresen dan Pengakuan Perlindungan, Seksyen II, Fasal 5 yang
menyatakan bahawa “Seseorang yang dihukum kerana pelanggaran undang-undang atau
peraturan Jepun atau negara lain, dan telah dijatuhi hukuman penjara
dengan atau tanpa bekerja selama satu tahun atau lebih, atau hukuman
yang setara,” undang-undang tersebut dipetik.
Namun kata Anwar, undang-undang itu tidak terpakai kepada mereka yang dihukum atas tuduhan politik.
“Undang-undang ini terpakai bukan sahaja di Jepun, tetapi di Kanada, Australia dan beberapa negara.
“Saya hanya nak beritahu, saya dah pergi ke sana (Jepun) tiga kali,” kata Anwar. Beliau turut menyelar sikap lepas tangan Menteri Luar, Datuk Seri
Anifah Aman hanya kerana kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.
Dalam pada itu Anwar memaklumkan penganjur, Nippon Foundation telah
menghantar surat memohon maaf dan merasa kesal atas kejadian tersebut.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58470
0 orang berkata:
Post a Comment