Marina Pula Belasah Kerajaan Najib
Marina Mahathir kecam Putrajaya kerana biarkan isu sensitif tanpa pembetulan
Datin Paduka Marina Mahathir
Anak perempuan
kepada perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
mengecam Putrajaya yang terus diam dengan isu-isu panas yang dimainkan
kerana ia boleh menimbulkan perbalahan dan memberi kesan kepada negara.
Dalam
ruangannya di akhbar The Star, Musings, Datin Paduka Marina Mahathir
mengeluh tentang kepimpinan negara yang boleh melaungkan perpaduan
tetapi diam terhadap kenyataan sensitif yang dibuat oleh pihak-pihak
tertentu.
"Apakah jenis
kepimpinan yang kita ada yang mulutnya bercakap tentang kesederhanaan
dan perpaduan, namun sama sekali tidak berbuat apa-apa terhadap
penyataan melampau yang dibuat bukan sahaja oleh apa yang dipanggil
badan bukan kerajaan, tetapi juga oleh beberapa pemimpin kerajaan?
Tulisannya ini
telah menyentuh sanubari rakyat Malaysia apabila mereka menyebarkannya
melalui laman sosial Facebook dan juga Twitter. – 2 Januari,
2014.“Adakah mereka sedar atau takut? Dan jika mereka takut, mengapa?"
tanya beliau dalam tulisannya. - sumber
0 orang berkata:
Post a Comment