Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, January 2, 2014

SETENGAH BULAN GAJI Buat Kakitangan Kerajaan Negeri Selangor !

KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAPAT BONUS HARI INI

 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pemberian setengah bulan bonus  kepada  semua 15,643 kakitangan kerajaan negeri sebagai penghargaan di atas kerja keras untuk memajukan negeri Selangor.
 Beliau berkata, pembayaran bonus ini akan dibuat pada Januari 2014 melibatkan peruntukan  keseluruhan sebanyak RM14, 821, 252.

Beliau berkata, kerajaan Selangor berkemampuan membayar bonus kepada kakitangannya kerana peningkatan hasil negeri sebanyak 16 peratus kepada RM1.9 bilion setakat 27 November 2013 berbanding anggaran awal sebanyak RM1.630 bilion.

Berikutan pengumuman terbaru ini, kakitangan kerajaan Selangor telah menerima satu setengah bulan bonus terkumpul bagi tahun 2013.

Kerajaan negeri telah pun memberikan sebulan bonus kepada kakitangan kerajaan negeri yang diterima sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Saya  harap pemberian ini akan digunakan secara cermat dan menjadi insentif untuk kita semua bekerja lebih kuat lagi untuk kemakmuran negeri Selangor serta rakyat.

“Saya ulangi apa yang saya katakan ketika membentang Belanjawan 2014 agar kakitangan kerajaan secara beransur-ansur dapat menerima konsep kenaikan gaji dan pemberian bonus berdasarkan kecemerlangan prestasi berasaskan kecekapan dan keberkesanan selari dengan standard dan amalan terbaik antarabangsa,” kata Menteri Besar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.