23 April 2014
PRK BUKIT GELUGOR : BERANIKAH BN MENEMPAH MAUT?
Beranikah
BN menempah maut meletakkan calon pada PRK Bukit Gelugor berikutan
kekosongan kerusi Parlimen tersebut disebabkan kematian penyandangnya
mendiang Karpal Singh baru-baru ini. Apakah BN khususnya MCA tidak serik
dengan kekalahan teruk mereka pada PRK Kajang tempohari. Malah kali ini
BN dijangka kalah lebih teruk berikutan sentimen penolakan pengundi
Cina kepada BN dan sentimen simpati rakyat kepada keluarga mendiang
Karpal.
Tidak mustahil majoriti
DAP akan melebihi majoriti pada PRU 13 dahulu iaitu kira-kira 41,000.
Soal mahukah BN dimalukan buat kali kedua?
Bernama melaporkan hari
ini bahawa Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang
ditetapkan pada 25 Mei, penamaan calon, 12 Mei manakala pengundian awal
pada 21 Mei, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil
itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2012 yang digabungkan dengan
daftar pemilih 2013 suku tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat.
"Sebanyak 21 pusat pengundian akan dibuka, 17 daripadanya untuk
pengundian biasa dan selebihnya untuk pengundian awal" katanya dalam
sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan kerusi
berkenaan di sini.
Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh,
dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan
berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada 17 April lepas.
Pada pilihan raya umum Mei 2013, Karpal Singh, 74, menang kerusi itu
dengan majoriti 41,778 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Teh Beng
Yeam.
Abdul Aziz berkata bagi
Pilihan raya kecil (PRK) itu, Dewan Sri Pinang, Georgetown dipilih
sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.
"Bagi tujuan PRK kali ini juga seramai 1,095 orang petugas akan dilantik dan membabitkan kos perbelanjaan RM1.9 juta," katanya.
Sebanyak 82,431 pemilih berdaftar terdiri daripada 82,255 pengundi
biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.
Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi PRK itu akan mula dijual pada 6 Mei.
Pengundi yang ingin membuat semakan boleh melayari laman sesawang www.spr.gov.my serta melalui khidmat pesanan ringkas SPR SEMAKNO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888 mulai tarikh sama.
Pada PRK kali ini juga Abdul Aziz berkata SPR hanya akan melantik pemerhati tempatan dan tidak iktiraf pemerhati lain.
"Pemerhati dilantik dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan
dibenarkan membuat pemerhatian seperti di pusat penamaan calon, pusat
mengundi awal, pusat mengundi, tempat pengiraan undi dan proses
penjumlahan undi," katanya.
Bagi memastikan proses pelaksanaan pilihan raya itu berjalan lancar,
beliau berkata semua pihak diminta mematuhi arahan polis dalam menjaga
ketenteraman awam dan keselamatan urusan pilihan raya.
"Pemimpin parti politik, calon, petugas dan penyokong, NGO dan mana-mana
individu terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi undang-undang dan
peraturan pilihan raya serta tata etika berkempen semasa tempoh rasmi
kempen," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment