APA YANG PENTING BAGI PAS ATAS DAYA USHANYA UNTUK MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN MAKA USHA ITU HARUS DITERUSKAN, SOAL PENENTANGAN DARI KAWAN SEKUTUNYA ITU TERSERAH, NAMPAKNYA PAS BEGITU SUKAR UNTUK MELAKSANAKAN DASAR PERJUANGAN PARTINYA YANG TELAH DILULUSKAN OLEH PENDAFTAR PERTUBUHAN
WALAUPUN PAS SUKAR UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN DARIPADA TEMANNYA DIDALAM PAKATAN (DAP DAN PKR) MAKA ITU ADALAH PERKARA YANG KECIL, KERANA PAS MASIH ADA JALAN UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN DENGAN MEMINTA PARLIMEN MENTAFSIRKAN MAKSUD SEBENAR AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN DIDALAM PERLEMBAGAAN NEGARA
BERHUBUNG DENGAN PAS MENUMPANG SAMA DIDALAM PAKATAN RAKYAT PADA PILIHANRAYA UMUM LALU SEHARUSNYA IA TIDAK BERBANGKIT KERANA DAP DAN PKR JUGA TIDAKLAH SEKUAT MANA, ANDAINYA DAP DAN PKR MERASAKAN MEREKA SUDAH BEGITU KUAT MEREKA BOLEH MENCADANGKAN SUPAYA PAS DIKELUARKAN DARIPADA PAKATAN, SEBENARNYA ITU BUKANLAH SUATU YANG MENYEDIHKAN PAS SILALAH CADANGKAN ! - Pak Karamu
Hudud: DAP, PKR ada hak bantah Pas
SHAH ALAM – DAP dan PKR berhak membantah keputusan Pas berhubung
pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, kata Pengerusi Biro Perundangan DAP
Kebangsaan, Gobind Singh Deo.
Menurutnya, jika Pas tetap berkeras mahu membentangkan rang undang-undang tersebut, DAP dan PKR akan menentang keputusan tersebut.
“DAP dan PKR berhak untuk membantah rancangan Pas memperkenalkan hudud di Kelantan kerana Pas sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).
“Pas menumpang sama dalam gabungan kekuatan PR pada pilihan raya umum lalu dan kami di DAP dan PKR membentuk pakatan ini bersama mereka selepas mereka menerima agenda kami yang tidak termasuk hudud,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Malah jelas Ahli Parlimen Puchong itu, sudah menjadi tugasnya untuk mengingatkan Pas bahawa undian yang mereka terima adalah berdasarkan kepada agenda PR.
“Pas tak boleh dan tidak seharusnya kini mengetepikan agenda PR yang telah diterima secara rasmi pada 2011.
“Pas silap kalau kata konsensus gabungan pembangkang untuk tidak melaksanakan hudud itu hanya dalam konteks nasional.
"Itu alasan yang lemah...Hudud tidak pernah menjadi sebahagian agenda PR,” katanya.
Beliau sempat menegaskan bahawa DAP tidak akan sekali-kali takut dengan sebarang ancaman dan bakal terus menentang pelaksanaan hukum hudud yang disifatkan melanggar peruntukan Perlembagaan dan bertentangan agenda PR.
Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya kini membuat persiapan dan akan memilih sesi sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menganggarkan hukum hudud dapat dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari depan sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan rang undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di Parlimen.

0 orang berkata:
Post a Comment