Jumaat, 25 April 2014
"Kufur jika tolak hudud"
Alor Setar: Kerajaan Pusat tidak boleh dianggap sebagai kufur semata-mata kerana belum melaksanakan hudud.
Penceramah dan pendakwah bebas, Muhammad Kazim Elias, menjelaskan hanya golongan yang menolak dan menentang hudud sahaja layak dihukum sebagai kufur.
“Saya setuju kenyataan Perdana Menteri bahawa ada beza antara menolak dan belum melaksanakannya. Bagi saya secara peribadi ada banyak perkara yang perlu diteliti mengenai soal hudud sebelum ia boleh dilaksanakan,” katanya.
Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Kazim, mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum ditetapkan Allah, namun mengakui banyak kekangan dan keutamaan perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum ia dapat dilaksanakan.
Perlukan ulama
Najib ketika berucap menutup Ijtimak Pondok Malaysia 2014 dianjurkan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di sini, semalam berkata, ada perbezaan cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya, kerana wujudnya kekangan dan kesulitan yang pelbagai.
0 orang berkata:
Post a Comment