Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MMA DAN WHO DAN ORANG ISLAM TOLAK HUDUD SAMA NADA


Khamis, 24 April 2014

Doktor tolak keras pakar bedah bantu hudud


Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyatakan rasa terkejut mereka berhubung rancangan Kelantan menggunakan khidmat pakar bedah untuk memotong tangan pesalah hudud jika ia undang-undang itu dikuat kuasa.

Presidennya Dr NKS Tharmaseelan (kanan) berkata, memotong anggota badan seseorang, walaupun penjenayah, “bertentangan dengan amalan dan etika perubatan”.

Katanya, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menasihatkan doktor-doktor supaya tidak menyaksikan atau memperakui hukuman sebat terhadap penjenayah, apatah lagi pemotongan anggota badan.

“Saya mohon kerajaan Kelantan memikirkan semula hasrat mendapatkan pakar bedah bagi melakukan kerja 'kasar' melaksanakan undang-undang yang bertentangan dengan amalan dan etika perubatan.

“Saya secara peribadi menentang sebarang undang-undang yang memerlukan pencacatan...

“Meminta pakar bedah untuk melaksanakan pemotongan jauh lebih serius dan sudah tentu ditentang oleh MMA,” katanya dalam kenyataan.


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (kiri) semalam dilaporkan berkata, pihaknya merancang menggunakan khidmat pakar bedah bagi memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan jika hudud mula dikuatkuasakan tahun depan.
Katanya, selesai hukuman itu, pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara.

Tharmaseelan berkata, doktor dilatih untuk menjaga, merawat dan menyembuhkan dan ia mesti mendapat persetujuan pesakit, walaupun seorang penjenayah.

Beliau juga berkata, MMA akan membuat laporan terhadap doktor yang terlibat dengan pemotongan tangan kepada Majlis Perubatan Malaysia jika ia berlaku.

“Ia boleh menyebabkannya disingkir daripada daftar perubatan sebagai doktor. MMA juga akan bertindak terhadapnya dan mengeluarkannya daripada persatuan.

1 orang berkata:

XUMNO said...

Janganlah tunjukkan sifat hipokrit apabila ia mensabitkan hukum islam.Dan janganlah nak berdalih mengatakan dokor pakar tidak hadir semasa hukuman berat kes jenayah dijalankan oleh pihak penjara. Bukankan doktor pakar yang mengesahkan seseorang penjenayah adalah sihat untuk disebat atau digantung?? Siapakah yang memberikan pengesahan selepas satu2 hukuman berat selesai?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.