Allahu Rabbi!!! Nelayan Mati Bersujud Dalam Bot... Takziah Buat Keluarga!!!
2:54 PM
No comments
KEMAMAN: Seorang
nelayan ditemui maut dalam sebuah bot gentian kaca dalam keadaan
bersujud di jeti nelayan Kampung Bukit Kuang di sini. Selasa.
Mangsa, Yusof Ali, 65, ditemui penduduk kampung pada kira-kira 8 pagi selepas melihat mangsa tidak sedarkan diri.
Seorang saksi, Mohd
Azwan Ramli, 32, berkata ketika beliau minum di sebuah warung, seorang
kawan memaklumkan melihat mangsa yang sudah lebih sejam tidak bergerak
dalam bot gentian kaca itu dalam keadaan bersujud.
Mohd
Azwan berkata, cemas dengan keadaan rakannya itu, beliau bergegas ke
jeti sebelum mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan menemui alat
sedut bagi penyakit asma di sisi arwah.
"Saya pergi ke jeti dan
melihat mangsa serta memanggilnya beberapa kali namun mangsa tidak
menjawab sebelum memeriksa denyutan nadi yang sudah tiada," katanya
kepada pemberita di lokasi kejadian.
Mohd Azwan berkata
mangsa tidak dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman kerana dia
meninggal akibat penyakit asma yang dihidapi.
Sementara itu, Lijah
Ismail, 64, berkata suaminya menghidap penyakit asma sejak beberapa
tahun lalu namun masih meneruskan kerja sebagai nelayan yang
dilakukannya sejak muda lagi.
Lijah berkata pada
kira-kira 8 malam semalam suaminya pulang ke rumah sebelum ke ke jeti
semula sejam kemudian dan tidak pulang lagi selepas itu.
"Saya tak ambil kisah
bila arwah tak balik rumah semalam kerana menyangka dia sedang
membetulkan peralatan menangkap ikan dan tidak menyangka sesuatu yang
buruk berlaku padanya.
"Saya sangka dia berehat
dan tidur di bangsal jeti dan turun ke laut pada awal sebelah pagi,
tapi sangkaan saya tidak benar bila saya diberitahu arwah meninggal
dalam bot miliknya," katanya.
Sementara itu, Ketua
Polis Daerah Kemaman Superintenden Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi,
mengesahkan menerima laporan dan kes diklasifikasi sebagai mati
mengejut.
0 orang berkata:
Post a Comment