Azizah: Anwar tarik diri kerana kekangan dalam RoS
PETALING JAYA - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
mendakwa punca Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri daripada bertanding
jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti itu ekoran kekangan yang
terdapat dalam Akta Pertubuhan (ROS).
Azizah berkata, lantaran daripada hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan yang lalu Anwar sekaligus terpaksa membatalkan hasratnya untuk bertanding dalam pemilihan kali ini.
"Perkara ini berlaku (penarikan diri Anwar bertanding) calon presiden adalah ekoran keputusan Mahkamah Rayuan lalu yang telah mensabitkan Anwar dengan kesalahan liwat.
"Akibat daripada itu,Anwar terhalang bukan sahaja untuk bertanding di Dun Kajang, bahkan tidak boleh menerajui parti yang diasaskan oleh beliau sendiri," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Azizah melahirkan rasa syukur diatas kepercayaan ahli parti yang berterusan memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui parti tersebut.
"Saya bersyukur kehadrat ALLAH dan berterima kasih kepada seluruh kepimpinan dan ahli parti PKR yang berterusan memberi kepercayaan kepada saya untuk meneruskan kepimpinan sebagai presiden parti," katanya.
Sementera menyentuh mengenai proses pemilihan parti pula, Azizah berkata setakat ini beliau sangat berpuas hati dengan perjalanan tersebut.
"Saya berpuas hati dengan pengurusan penamaan calon di peringkat Pusat dan Cabang, termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan wanita, yang berlangsung tanpa sebarang kekecohan. Alhamdulillah," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment