Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 22 April 2014

Hudud : Antara Dr Mahathir Dan Karpal Singh [ Video Inside ]


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata mendiang Karpal Singh yang dihina mayatnya oleh sesetengah pemimpin Islam tidak pernah menghina hukum hudud seperti dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mohamad berkata, tindakan sesetengah pemimpin politik dan ahli Parlimen yang menghina mayat Karpal merupakan tindakan jijik dan kotor serta tidak mencerminkan ajaran Islam.

“Saya hairan mengapa orang Islam bersikap begitu sedangkan ada orang Islam sendiri hina hudud seperti bekas perdana menteri yang mengatakan kalau laksana hudud di Kelantan, ramai orang Islam hilang tangan,” katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

“Kenyataan Dr Mahathir bahawa orang Islam akan hilang tangan apabila hudud dilaksanakan merupakan satu penghinaan kepada hudud. Karpal tidak pernah menghina. Cuma dia bercakap hudud bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya.

Mohamad dan Karpal bersama-sama meringkuk dalam Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang pada 1987.

Mat Sabu berkata, beliau pelik melihat pemimpin Umno yang sebelum ini bersungguh-sungguh mahu menyokong PAS melaksanakan hudud di Kelantan tetapi tidak mengatakan apa-apa apabila Dr Mahathir menghina hukum Islam itu.

“Mengapa apabila orang Islam seperti ini menghina hudud, saya tidak dengar pun pemimpin Umno memberikan komen tajam, termasuk mufti.

“Orang seperti (ahli Parlimen Langkawi) yang berakhlak bodoh sombong tetap ada dalam sejarah.“Komen awal beliau itu mencerminkan pemikiran beliau walaupun sudah meminta maaf selepas itu,” katanya, merujuk kepada penghinaan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad terhadap mayat Karpal yang terbunuh dalam kemalangan ngeri Khamis lalu.

Mengulas mengenai tindakan PAS untuk membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat Jun ini, Dr Mahathir berkata, ia perlu dikaji secara mendalam dengan meletakkan keutamaan kepada prinsip keadilan supaya undang-undang Islam itu tidak dilihat terlalu menitikberatkan soal menghukum.

“Dalam hendak potong tangan pun, kita kena fikirkan negara kita ini mempunyai penduduk beragama Islam dan bukan Islam.“Kalau kita potong tangan orang Islam, tapi kalau orang bukan Islam mencuri dia cuma dapat dua bulan penjara. Lama-lama orang Islam tidak ada tangan,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur minggu lalu.

Selepas berita kematian Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor tersebar luas, Nawawi daripada Barisan Nasional (BN) memuatkan gambar mayat mendiang di akaun Facebooknya dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud.

"Siapa hendak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk 'Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh'.

Bagaimanapun, Nawawi yang juga pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memohon maaf beberapa hari selepas itu.

"Tiada perkataan yang dapat saya gambarkan betapa sedih dan menyesal di atas keterlanjuran catatan saya. Dan pemohonan maaf saya datang daripada saya sendiri tanpa didesak mana-mana pihak ataupun parti," katanya pada sidang media di KL Sentral, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Selain Nawawi, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.

“Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!” tulisnya di akaun Twitter @zulkiflinoordin.

“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya."Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!”

Zulkifli yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 di kerusi Parlimen Shah Alam yang juga pengamal undang-undang bagaimanapun menganggap kematian Karpal sebagai perginya seorang peguam veteran yang hebat.

Karpal selamat disemadikan pada Ahad dengan penghormatan negeri di Pulau Pinang diiringi oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) dan ribuan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama yang mula berkumpul seawal jam 6.30 pagi.TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.