Wednesday, April 23, 2014
Gesaan Dr Rosli wajar dan munasabah
ULASAN PETANG
Kenayataan keras dari Ketua Dewan Pemuda Pas Kota Bharu, Dr Rosli Alanni Abdul Kadir (foto) agar Pas memecat Hu Pang Chaw sebagai pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), perlu diperhalusi dari segi kewajaran dan ketepatan gesaan demikian.
Rosli membuat kenyataan itu apabila Pan Chaw menunjukkan sikap tidak sejalur dengan cadangan TMB Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah agar DHPP memainkan peranan agar menjelaskan hukum hudud kepada orang Cina.
Kata Rosli tindakan itu perlu diambil untuk memastikan martabat Pas sebagai sebuah parti politik Islam terpelihara, dan martabat pemimpin Pas tidak diperlekehkan oleh mata umum.
Tanpa perhalusi terhadap kenyataan itu ia akan dilihat satu kemelut baru akan meletus di Kelantan dimana penyokongnya sendiri bermasalah dengan cadangan kerajaan hendak laksanakan hukum hudud.
Pang Chaw sebelum ini dilaporkan seolah-olah tidak senang dengan langkah kerajaan Kelantan hendak melaksanakan hukum hudud dimana ia tidak diambil pandangan rakyat terlebih dahulu. Cara Pang Chaw membuat pandangan itu seolah kerajaan Kelantan tidak bijaksana.
Dari satu sudut pendapat Pang Chaw itu seperti benar, tetapi dari sudut lain ia menampakkan Pang Chaw sendiri tidak faham dengan hudud dan parti yang disokongnya. Orang boleh mempersoalkan wibawa dan motif Pang Chaw untuk apa menjadi penyokong Pas tetapi dalam masa lain dia masih kabur dengan matlamat Islam Pas.
Melaksanakan hudud adalah cita-cita Pas yang dimasukkan ke dalam manifesto. Apakah sebagai seorang pengerusi kepada kelab penyokong, Pang Chaw tidak membaca dan memahaminya. Apa dipersoalkan Pang Chaw itu munasabah kalau ia membabitkan soal-soal peraturan lain yang tidak menjadi pokok dalam matlamat Pas. Misalnya cadangan agar kerajaan Kelantan membawa Kelantan keluar dari Persekutuan dan sebagainya.
Bagi saya munasabah gesaan dibuat Dr Rosli itu agar Pang Chau diambil tindakan hatta memecatnya. Atau sekurang-kurang Pas memberi amaran kepada Pan Chaw kerana sebelum ini pun beliau sudah beberapa kali bertindak lebih sudu dari kuah. Tidak ada guna Pas memelihara ternakan yang mendatangkan bahaya dan boleh mewabakkan penyakit kepada tuannya.
Gesaan Dr Rosli itu juga wajar disokong. Dewan Pemuda Pas negeri Kelantan sepatutnya menjadikan kenyataan Dr Rosli itu sebagai kenyataan bersama bagi menunjukkan sikap DPP Kelantan tidak main-main dengan hudud hudud.
Kalau dengan pemimpin Umno walaupun sepatah mereka bercakap sumbang mengenai hukum hudud terus dibidas, kenapa sikap dan pendirian pengerusi kelab penyokong yang songsang dengan iltizam kerajaan negeri disenyapkan sahaja? Apakah DPP Kelantan hanya berani dengan Umno tetapi menjadi bisu dengan musuh yang menusuk dalam selimut. [wm.kl.6:26 pm 23/04/14]

0 orang berkata:
Post a Comment