Harga kereta turun kesan dari GST
TREND penurunan harga kereta dijangka berterusan kesan
daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai April
2015 dan liberalisasi pasaran dengan mengambil kira kesan daripada
pelbagai faktor.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Mohamad Madani Sahari berkata, pelaksanaan GST membantu untuk menurunkan harga kereta.
"Sebelum ini, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dikenakan sebanyak 10 peratus tetapi selepas pelaksanaan GST cukai yang dikenakan sebanyak enam peratus sahaja. Pelaksanaan GST sudah tentulah mengurangkan sedikit harga kereta baharu dan akan lebih murah,” katanya.
Sementara itu, Mohamad Madani berkata, trend penurunan ini dijangka berterusan kesan daripada liberalisasi pasaran dengan mengambil kira kesan daripada beberapa perkara iaitu perbincangan MAI dengan pihak industri dan usaha-usaha syarikat untuk meningkatkan daya saing.
Menurutnya, selain itu, liberalisasi pasaran melalui pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas dan pelaksanaan Dasar Automotif Negara 2014 yang lebih agresif juga memainkan peranan.
Mohamad Madani berkata, pada tahun 2013, purata penurunan harga kenderaan penumpang adalah sebanyak lima peratus.
Menurutnya, purata itu adalah berdasarkan kepada analisa terhadap 11 jenama, 29 model dari 58 varian kenderaan penumpang yang diperkenalkan pada tahun lalu.
Katanya, ada kenderaan penumpang yang masih mengekalkan harga sama. Pada 2013, 60 peratus pengeluar model mula menurunkan harga kenderaan mereka.
“Ini menunjukkan pemilik kenderaan membeli dengan harga yang rendah,” katanya.
“Setakat April 2014, terdapat penurunan harga bagi beberapa lagi model kenderaan penumpang iaitu antara 9 peratus hingga 29 peratus. Kami menjangkakan, penurunan harga kenderaan pada 2014 dianggarkan akan meliputi 50 peratus daripada jumlah kenderaan,” katanya.
Menurutnya, MAI menjangkakan trend penurunan harga kenderaan pada 2015 hingga 2018 adalah lima peratus.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Madani berkata, dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi, diesel Euro 5 akan dijual di 15 hingga 20 buah stesen minyak BHP sekitar Johor bagi memberikan kemudahan kepada lori untuk memasuki dan berada di Singapura.
"Setakat ini, lori di Malaysia menggunakan diesel standard Euro 1 dan Euro 2 manakala di Singapura adalah Euro 5," katanya.
Menurutnya, pemilik kenderaan diesel perlu patuhi standard baharu sebelum 30 Jun ini.
“Singapura mengumumkan bermula 1 Januari 2014, kesemua lori yang menggunakan diesel perlu mencapai keputusan ujian asap adalah rendah atau 40 Hartridge Smoke Unit (HSU) berbanding sebelum ini iaitu 50 HSU atau lebih rendah.
“Singapura memberikan masa selama enam bulan untuk menyelesaikan masalah ini dan berkuat kuasa pada 1 Julai, ia akan dilaksanakan. Pembayaran tambahan sebanyak 10 sen akan dikenakan bagi setiap liter Euro 5,” katanya.
Setakat ini, purata lori Malaysia yang keluar dan masuk negara itu adalah 3,000 setiap hari.
Mohamad Madani berkata, kualiti bahan api diesel menjejaskan pelepasan asap daripada kenderaan diesel. Diesel Euro 5 hanyalah 10 parts per milion (ppm) kandungan sulfur yang digunakan di Singapura sejak 2010.
Bagaimanapun, kualiti standard Euro 2 mempunyai 500 ppm kandungan sulfur yang mustahil untuk mendapatkan 40 atau rendah HSU di Singapura.
“Ketika ini, kenderaan enjin Euro 1 dan Euro 2 menggunakan diesel standard Euro 1 dan Euro 2. Penggunaan penapis diesel adalah satu cara yang mungkin membantu mengawal pelepasan asap yang mana kos pemasangannya adalah mahal sekitar RM65,000 seunit dan penuras hanya berkesan selama setahun dan perlu ditukar, ” katanya.
Tambahnya, penyelesaian jangka panjang kepada masalah ini adalah dengan menggunakan Euro 4 enjin dengan diesel Euro 4.
Menurutnya, bagi mengurangkan keadaan ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama MAI, Jabatan Alam Sekitar dan beberapa agensi serta Persatuan- Persatuan Lori Johor meneroka kemungkinan menggunakan diesel Euro 4 pada armada sedia ada.

0 orang berkata:
Post a Comment