Monday, June 30, 2014
MH370-Punca Kehilangannya: Ada Bukti Baru Pulak. Dah Jadi Macam Cerita Dongeng!
MH370: Bukti Baharu Dakwa Wujud Gangguan Di Kokpit Pesawat
PENYIASAT nahas udara, kehilangan pesawat MH370 telah menemui bukti baharu mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu.
Satu laporan
yang dikeluarkan oleh penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa
pesawat Boeing 777 yang hilang mengalami gangguan kuasa misteri pada
peringkat awal penerbangan, yang membuatkan pakar-pakar percaya ia boleh
menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan
radar.
Menurut laporan
itu, unit data satelit pesawat telah melakukan permintaan 'log masuk'
yang tidak dijangka kepada satelit, dalam tempoh kurang dari 90 minit
semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Laporan
menyebut mengenai permintaan 'log masuk' yang dikenali sebagai
'handshake' yang dilihat mungkin muncul disebabkan gangguan kuasa
elektrik di atas kapal pesawat.
"Permintaan log masuk ketika penerbangan bukan perkara biasa.
"Analisis telah
dilakukan yang menentukan bahawa ciri-ciri dan masa permintaan 'logon'
adalah padanan terbaik sebagai akibat daripada gangguan kuasa," Menurut
laporan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
David Gleave,
seorang pakar keselamatan penerbangan dari Loughborough University,
berkata gangguan bekalan kuasa muncul sebagai hasil apabila seseorang di
kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.
Tindakan itu,
katanya, adalah selaras dengan usaha untuk menjadikan komunikasi pesawat
dan sistem terpadam dalam usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
"Seseorang mungkin berlegar-legar di dalam kokpit yang akan membawa kepada gangguan kuasa," katanya.
"Ia boleh
menjadi satu tindakan yang sengaja bagi mematikan kedua-dua enjin untuk
beberapa ketika. Dengan kerunsingan di dalam kokpit anda mungkin boleh
mematikan kuasa buat sementara dan menghidupkannya semula apabila anda
memerlukan sistem lain untuk menerbangkan pesawat."
Inmarsat,
syarikat yang secara rasmi menganalisis data penerbangan dari MH370,
telah mengesahkan penilaian ini tetapi berkata tidak mengetahui mengapa
pesawat itu mengalami kegagalan kuasa.
"Ia kelihatan seperti terdapat kegagalan kuasa pada kedua-duanya.
"Ia merupakan
satu lagi misteri kecil. Kita tidak boleh menerangkannya. Kita tidak
tahu mengapa. Kami hanya tahu ia berlaku," kata Chris McLaughlin, dari
Inmarsat, kepada The Telegraph.
Laporan yang
dikeluarkan oleh pihak berkuasa Australia mendedahkan bahawa Boeing 777
cuba untuk membuat 'log masuk' ke satelit Inmarsat pada pukul 2.25 pagi,
tiga minit selepas ia dikesan oleh radar tentera Malaysia.
Ketika itu pesawat sedang terbang di utara pulau Sumatera Indonesia.
Pesawat itu
telah menyimpang dari laluan sebenar untuk ke destinasinya iaitu
Beijing, tetapi tidak lagi menukar arah ke selatan Lautan Hindi.
Pesawat itu
mengalami satu lagi permintaan log masuk hampir sama kira-kira enam jam
kemudian, walaupun ini adalah 'handshake' satelitnya ketujuh dan
terakhir di mana dipercayai pesawat kehabisan bahan api dan kuasa
elektrik sebelum terhempas, di suatu tempat di selatan Lautan Hindi.
Lima 'handshake' lain mula dikenalpasti oleh stesen satelit bumi dan tidak dianggap luar biasa.
Ketika ditanya
sama ada gangguan kuasa yang boleh disebabkan oleh kerosakan mekanikal,
Gleave berkata: "Terdapat kegagalan mekanikal yang boleh dipercayai
menjadi sebab. Tetapi anda tidak akan terbang sejauh beratus-ratus batu
dan hilang di Lautan Hindi kemudiannya." - sumber
0 orang berkata:
Post a Comment