Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, June 24, 2014

Tidak wujud gerakan 'Projek Langgar Hadi' kata Tuan Ibrahim


Naib-presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan dakwaan wujudnya gerakan yang ingin menjatuhkan kepimpinan ulama dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dinamakan Projek Langgar Hadi.

Menurut beliau, perkara ini tidak benar dan tidak perlu timbul isu wujudnya gerakan Projek Langgar Hadi.

“Saya ingin menegaskan di dalam parti PAS tiada soal untuk menjatuhkan mana-mana pihak dan ini bukan masalah isu siapa naik dan siapa turun.”

“Mungkin ini adalah pandangan peribadi ahli parti kita,” katanya.

Ibrahim menjelaskan ekoran daripada dakwaan Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim yang membuat kenyataan kepada media bahawa wujudnya Projek Langgar Hadi.

Syarhan Humaizi sebelum ini mendedahkan kepada media berhubung satu usaha menghidupkan semula ‘Projek Langgar Hadi’ yang didalangi beberapa pemimpin termasuk seorang Ahli Parlimen PAS Selangor, editor dan wartawan daripada sebuah portal pro-pembangkang.

Beliau mendakwa kumpulan tersebut menggunakan portal berita pembangkang sebagai medium memfitnah dan memburukkan Abdul Hadi kononnya peranan Presiden PAS itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal disingkirkan oleh pihak tertentu.

Tambahnya lagi, pandangan ini bukan perkara biasa yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat parti.

“Kita akan menghormati mana-mana pendapat pun walau ia bukan berasal dari parti.”

“Kita tidak boleh memperlekehkan pandangan seseorang. Namun, kita akan kaji kebenarannya dan jika tidak benar dakwaan tersebut, kita akan menasihati agar perkara ini tidak diulang,” ujarnya.

Jelasnya lagi, jika perkara ini benar beliau seharusnya menyalurkan pandangan ini di dalam mesyuarat parti.

“Kita akan bincang tentang sesuatu isu dalaman bagi mengelak perkara-perkara polemik ini berulang.

“Kita juga akan berbincang dan membuat keputusan melalui persetujuan dalam mesyuarat parti sendiri,” katanya.


~ Free Malaysia Today

1 orang berkata:

Anonymous said...

Tak habih-habih budak-budak cap ayam ni berkokok. kokok degar-degar, ekor penuh taik. Pi la berkokok dlm Toyota Alohard nuuuu. Bole lingkup PAS dengan bebudak cap ayam ni. Pandai Din Ayam ternak ayam ni... setia sungguh

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.