Jawatan MB bukan milik individu
AYER KEROH - Jawatan Menteri Besar (MB) bukanlah milik seseorang
individu tetapi perlu mengambil kira suara dan pendapat parti itu
sendiri.
Ketika membuat kenyataan ini, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, jika parti yang bertanggungjawab mengusulkan mana-mana nama untuk memegang jawatan eksekutif tertentu, maka wajar keputusan berkenaan dipertimbang dan dihormati. Menurutnya, jawatan yang diberikan bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya amanah yang cuba ditunaikan parti melalui mandat pilihan raya.
“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan kepada semua, termasuk sahabat saya, Iskandar Samad (Pesuruhjaya Pas Selangor) akan kepentingan musyawarah dan tidak merumitkan keadaan ketika pelantikan Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri-negeri yang diperintah PR,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Iskandar bahawa tidak wajar hanya pandangan kelompok tertentu diambil kira dalam membuat keputusan Menteri Besar perlu ditukar.
Malahan, beliau dilaporkan sebagai berkata, pandangan rakyat juga perlu diambil kira dan bukan pandangan pemimpin politik semata-mata.
Menurut Shamsul Iskandar, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), ramai sudah sedia maklum bahawa persetujuan dalaman telah dicapai semua parti dalam PR, termasuk majoriti pimpinan Pas, untuk mengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, ini bukanlah perkara baru, cuma transisinya memerlukan sedikit masa supaya ia dapat berjalan dengan lancar.
“Sudah tentu ini juga turut mengambil kira suara rakyat dan perkenan Sultan Selangor. Namun kita mesti jelas bahawa suara rakyat dan perkenan Sultan tidaklah hanya dinyatakan apabila ia sesuai demi mempertahankan kuasa.
“Ia juga tidak pernah menjadi persoalan dalam banyak keputusan yang dibuat kerajaan yang melibatkan kepentingan ramai dan semasa menerima lantikan untuk memegang jawatan,” katanya.

1 orang berkata:
Kami penyokong2 pakatan akan beralih arah pd pru14 , isu mcm ni pun nak settle tak boleh, gila kuasa mcm bn juga. Isu hudud tak selesai, mcm mana nak tadbir negara kalau isu dalaman pun semua org dah tahu. Esei raso sobab tu pakatan tak monang pru 13 , sobab byk bondo yg tak botol.
Post a Comment