Pantau empangan hadapi El Nino
ALOR SETAR - Pemantauan berkala dilakukan dari semasa ke semasa
melibatkan empat empangan utama bagi memastikan bekalan air mentah
mencukupi untuk disalurkan kepada pengguna ketika El Nino.
Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) antara agensi kerajaan yang sering melakukan pemantauan bekalan air mentah setiap hari.
Menurutnya, beberapa perancangan lain turut dibincangkan segera dalam mesyuarat perancangan bagi menghadapi fenomena itu.
"Setakat ini, paras air empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris belum mencapai tahap kritikal dan masih mampu menampung keperluan bekalan negeri sama ada untuk kegunaan domestik atau komersil.
"Namun bagi kawasan mengalami tekanan air rendah, Syarikat Air Darul Aman (Sada) akan menghantar lori tangki ke kawasan terlibat," katanya kepada Sinar Harian selepas menutup program peningkatan kemajuan kerjaya pegawai dan kakitangan pentadbiran tanah negeri di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Kedah, Datuk Mohamad Nor Rofie.
Katanya lagi, orang ramai perlu mengamalkan sikap berjimat cermat menggunakan air bagi mengelakkan masalah jika musim kemarau berpanjangan.

0 orang berkata:
Post a Comment