Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 20 Jun 2014

Cerita Panass TPM Yang Akan Kantoi - Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin

SHAH ALAM 20 JUN: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan dalam masa terdekat.
Zainuddin menulis diblognya di zamkata.blogspot.com menyatakan khabar angin sedang bertiup kencang di seluruh tanah air mengatakan Muhyiddin akan hilang daripada rombakan kabinet yang akan diumumkan tidak lama lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Muhyiddin meletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan akan digantikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, iaitu Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan.
“Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.

“Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal,” katanya, dipetik media Selangorku.com.

Katanya mengasaskan khabar angin ini tersebar dengan luasnya kerana beliau banyak menerima pertanyaan mengenainya dari utara , selatan dan timur tanahair.

“Dua orang menteri baru yang pasti akan diantik ialah dari MCA dan Gerakan dan khabarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri akan berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz,” katanya.- KeadilanDaily

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.