Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 24 Jun 2014

Mohon dakwaan seleweng dana NFC digugur, suami Shahrizat ketakutan

NFCKUALA LUMPUR 24 JUN: Permohonan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya pertuduhan ke atasnya digugurkan memberi gambaran Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) itu kini dalam ketakutan untuk berhadapan dakwaan penyelewengan RM250 juta dana NFC.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Mohamad Salleh tidak perlu takut jika beliau benar-benar tidak menyalahgunakan dana awam itu yang disalur kerajaan kepada NFCorp.
“Beliau perlu berhadapan dengan tuduhan dalam kes penyelewengan dana bagi projek ternakan lembu itu.

“Jika tidak bersalah, dia tidak seharusnya takut dan minta tuduhan terhadapnya digugurkan,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan kepada Keadilan Daily.

Peguam Mohamad Salleh, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dipetik berkata, pihak pembelaan akan mengutus surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk memohon agar pendakwaan terhadap suami kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu digugurkan.

Beliau juga dilapor memohon agar perbicaraan terhadap dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965 itu ditangguhkan sehingga Mahkamah Tinggi mendengar permohonan untuk menggugurkan tuduhan tersebut.

Bagaimanapun permohonan itu ditolak oleh Hakim Norsyaridah Awang yang memutuskan bahawa perbicaraan akan diteruskan mengikut jadual.

“Mohamad Salleh sekarang akan menggunakan apa sahaja cara untuk mengelak daripada tuduhan berkenaan.

“Beliau perlu berhadapan dengan pertuduhan tersebut dan jelaskan ke mana aliran wang itu telah digunakan,” kata Rafizi, menyambut baik keputusan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang menolak penangguhan kes tersebut.

Ujar beliau, pengelakan suami bekas Menteri Wanita itu dari terus didakwa menggambarkan sememangnya wujud penyelewengan dalam kes NFC.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.