MH370: Zon carian baharu dikenal pasti
SHAH ALAM – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 akan
memberi tumpuan di kawasan dasar laut di selatan Lautan Hindi lebih jauh
ke selatan kawasan carian sebelum ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata zon carian baharu itu akan lebih tertumpu di kawasan meliputi sehingga 60,000 kilometer persegi dari iaitu 1,800 kilometer persegi dari perairan barat Australia.
“Semalam, Australia, Malaysia dan China mengumumkan pencarian pesawat MH370 akan dilakukan lebih komprehensif di kawasan lebih dalam di koridor ketujuh (di selatan Lautan Hindi) di mana komunikasi terakhir dikesan satelit.
“Zon carian baharu itu telah dikenal pasti oleh sekumpulan pakar satelit setelah melakukan analisis selama lapan minggu terhadap semua maklumat dan data yang diperolehi sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, carian di kawasan itu akan melibatkan usaha dan kepakaran daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Jabatan Penyiasatan Kemalangan Pesawat Udara China (AAID), Biro Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB), Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan beberapa agensi lain.
Mengulas lanjut, Hishammuddin menegaskan usaha pencarian pesawat MH370 akan diteruskan dan satu carian di dasar laut akan dijalankan berdasarkan kaji selidik batimetrik atau kerja-kerja pemetaan yang sudah pun dimulakan membabitkan dua kapal milik China dan Australia.
Katanya lagi, Malaysia dan Australia juga sedang merangka Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menentukan skop atau bidang kerjasama antara kedua-dua negara berhubung operasi SAR pesawat MH370 itu, termasuk berhubung soal kewangan.
“Kerajaan akan mengumumkan maklumat terperinci berkaitan kontrak aset-aset yang akan digunakan dalam waktu terdekat memandangkan Malaysia akan membekalkan peralatan yang digunakan untuk kedua–dua operasi pemmetaan dasar laut serta carian bawah air.
“Kelengkapan yang telah dikenal pasti termasuk sonar pengimbas tundaan sisi, pemancar pengesan pelbagai gema dan kapal selam pemprofil dasar,” katanya.

1 orang berkata:
Lemah la mat auu ni cari.
Post a Comment