Tuesday, June 24, 2014
Kisah C4 Di Mahkamah Persekutuan
Kami tidak pernah kata bahan letupan C4 digunakan bunuh Altantuya, kata pendakwa
Mahkamah
Persekutuan di Putrajaya hari ini diberitahu tidak pernah dalam kes
pendakwaan mengatakan bahawa bahan letupan C4 digunakan untuk pembunuhan
wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Timbalan Peguam
Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah pihak
pendakwaan tidak pernah mengatakan bahan-bahan yang ditemui di tempat
kejadian adalah bahan letupan C4.
"Kami tidak pernah berkata bahan letupan itu adalah C4. Tetapi mereka ini sejak hari pertama berkata ia adalah C4.
"Kami tidak
tahu bagaimana Mahkamah Rayuan boleh menyatakan ia adalah bahan letupan
C4," katanya pada pendengaran rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua
anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal
Sirul Azhar Umar berhubung pembunuhan Altantuya.
Tun Majid berkata UTK tidak pernah menggunakan bahan letupan C4.
Bercakap kepada
pemberita kemudian Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup yang membantu Tun
Majid berkata bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah bahan
letupan PETN dan RDX.
Pihak pendakwa
(Tun Majid) berkata Mahkamah Rayuan terkhilaf berhubung fakta itu kerana
gagal memanggil pakar bahan letupan C4 apabila saksi pendakwaan (bekas
Timbalan Komander UTK Bukit Aman DSP Mastor Mohd Ariff) memberi
keterangan pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi bahawa UTK tidak
menggunakan bahan letupan C4.
Beliau berhujah
Mahkamah Rayuan sekali lagi terkhilaf dalam undang-undang dan fakta
apabila memutuskan bahawa tiada bukti Azilah mempunyai jagaan dan
kawalan terhadap bahan letupan itu pada sebarang masa sebelum dia
ditangkap tanpa mengaitkan keterangan Mastor bahawa Azilah dan Sirul
Azhar mempunyai peluang mencukupi untuk memiliki bahan letupan yang
tidak digunakan semasa latihan.
Tun Majid juga
berhujah DSP Musa Safri, yang merupakan pengiring timbalan perdana
menteri Datuk Seri Najib Razak pada masa itu (sekarang perdana menteri),
tidak dipanggil sebagai saksi kerana peranannya hanya semata-mata
memperkenalkan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda kepada
anggota polis untuk menjaga keselamatan rumah beliau.
Beliau berkata
pihak pendakwa juga menawarkan Musa sebagai saksi pembelaan tetapi tidak
diterima, sambil menambah bahawa Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam
memutuskan isu pihak pendakwaan tidak memanggil Musa sebagai saksi pada
peringkat perbicaraan.
Sementara itu,
peguam Azilah J. Kuldeep Kumar berhujah diari Balai Polis Bukit Aman
menunjukkan Azilah berada di ibu pejabat polis semasa pembunuhan
Altantuya.
"Diari ini
jelas menimbulkan keraguan yang munasabah kerana ia adalah bukti yang
menyokong alibi Azilah bahawa dia berada di (ibu pejabat polis) Bukit
Aman dan bukan di tempat kejadian," katanya dan menambah Mahkamah Rayuan
adalah betul untuk mencelah dan menerima diari balai itu sebagai bukti.
Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa diari balai itu tidak boleh diterima sebagai bukti.
Sementara itu,
peguam Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin berhujah bahawa adalah
tidak selamat untuk menerima masuk sebagai bukti berhubung dakwaan
penemuan barang kemas Altantuya di rumah anak guamnya.
Beliau berkata pihak pendakwa telah mengetepikan hakikat tentang wujudnya satu lagi set kunci rumah Sirul Azhar.
Beliau berkata
Sirul Azhar tidak mengetuai polis ke rumahnya untuk menunjukkan barang
kemas itu, dan menambah Sirul Azhar diminta tunggu di luar rumah dan dia
hanya dipanggil untuk masuk ke rumahnya selepas pihak polis menemui
barang kemas tersebut.
Pada 23 Ogos
tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42,
daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan
mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi
Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya,
28.
Mereka didakwa membunuh wanita itu di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Abdul Razak,
50, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh
Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pendakwaan gagal
mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Perbicaraan di hadapan lima anggota panel diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, bersambung esok. – Bernama, 24 Jun, 2014.
2 orang berkata:
Howdy! This is my 1st comment here so I just wanted to give a quick shout out
and say I really enjoy reading through your posts. Can you recommend any other
blogs/websites/forums that go over the same subjects?
Thank you!
Here is my web page Search engine optimization Chicago
new jordans 2014 on sale
Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement account
it. Look advanced to more added agreeable from
you! By the way, how could we communicate?
Post a Comment